Seo Services

Suami Ziana Zain Didakwa Cederakan Anak


SHAH ALAM - Suami penyanyi terkenal Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53, didakwa di Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi atas tuduhan mencederakan anak lelakinya sehingga luka dengan menggunakan sebatan rotan pada 25 Februari lalu.

Tertuduh yang memakai baju-T berwarna kelabu bagaimanapun tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Sebaik pertuduhan dibacakan juga, Armin Zaharin yang tidak diwakili peguam mendakwa melakukan perbuatan atas tujuan mengajar anak.

"Saya ajar dia (anak) mengaji dan solat tetapi dia tidak faham dan bebal," katanya.

Bagaimanapun, pengakuan tersebut tidak diterima oleh Raja Noor Adilla.

Mengikut pertuduhan, Armin Zaharin yang merupakan penganggur itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan luka dan lebam ke atas anaknya dengan menggunakan sebatan rotan. - K! ONLINE
Suami Ziana Zain Didakwa Cederakan Anak Suami Ziana Zain Didakwa Cederakan Anak Reviewed by Unknown on March 06, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.