Seo Services

Tentera Turki bunuh 11 militan Kurdis


ISTANBUL: Tentera Turki membunuh 11 militan Kurdis di selatan wilayah Hatay bersempadan Syria, kata pejabat gabenor, hari ini manakala dua askar dibunuh di rantau Afrin, Syria.

Pejabat gabenor dalam kenyataan berkata, pasukan keselamatan Turki melepaskan tembakan dan membunuh militan dengan bantuan serangan udara selepas mengenal pasti kedudukan pemberontak di daerah Arsuz di Hatay, berhampiran Laut Mediterranean.

Katanya, tentera merampas enam mayat militan bersama rifel M-16, pelancar roket dan peluru.

Kumpulan itu dipercayai dalang di sebalik beberapa serangan di wilayah itu tahun lalu.

Turki memerangi kumpulan pemberontak Parti Pekerja Kurdistan (PKK) militan sejak 1984 dan lebih 40,000 terbunuh dalam pertempuran yang kebanyakannya berlaku di selatan Turki, sejauh ratusan kilometer dari timur Hatay. - Reuters
Tentera Turki bunuh 11 militan Kurdis Tentera Turki bunuh 11 militan Kurdis Reviewed by Unknown on March 27, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.