Seo Services

Tersepit Selepas Van Dipandu Bertembung Lori Tangki Di Sri Aman


SRI AMAN: Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila van yang dinaikinya berlanggar dengan sebuah lori tangki di kilometer 26 Engkeramut, Jalan Sri Aman Serian dekat sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam lima pagi itu, van yang dinaiki mangsa yang berusia 49 tahun difahamkan telah berlanggar dengan sebuah lori tangki sebelum terbabas ke bahu jalan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan mengenai insiden tersebut pada jam 5.20 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelemat (BBP) Sri Aman dikerahkan ke lokasi sejurus makluman insiden tersebut diterima.

“Sebaik tiba di lokasi, pihak bomba mendapati pemandu van tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan anggota bomba bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan rescue tool .” 
katanya

Pemandu van telah berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Sri Aman untuk menerima rawatan lanjut. Bagaimanapun pemandu lori tangki tidak mengalami sebarang kecederaan. -Sarawakiana


Tersepit Selepas Van Dipandu Bertembung Lori Tangki Di Sri Aman Tersepit Selepas Van Dipandu Bertembung Lori Tangki Di Sri Aman Reviewed by Unknown on March 15, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.