Seo Services

Tikam Emak Sebelum Tikam Diri Sendiri


Wanita cedera selepas ditikam anak lelakinya yang menghidap penyakit mental menggunakan pisau di rumah mereka di Jalan Batu Bata Off Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, semalam.

Dalam kejadian 7 pagi itu, mangsa, Ong Beng Lee, 52, cedera di bahagian dada kanan manakala suspek berusia 33 tahun cedera di bahagian dada kiri selepas menikam dirinya sendiri.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 7.45 pagi.

"Ketika kejadian, hanya suspek dan mangsa berada di rumah sebelum insiden itu didengari jiran mereka yang membantu wanita berkenaan.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami mendapati mangsa yang juga pekerja pembersihan sudah dibawa ke hospital, manakala suspek masih berada di rumah berkenaan.

"Suspek bertindak agresif ketika cuba ditahan oleh Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang tiba di lokasi kejadian menyebabkan seorang anggota polis melepaskan tembakan elektrik menggunakan taser sebelum suspek ditahan pada 9.46 pagi dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan selepas menikam diri sendiri," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Shaharudin berkata, siasatan awal mendapati suspek menikam ibunya kerana berang selepas diminta mengambil ubat rawatan penyakit mental dialaminya selepas tiga hari enggan mengambil ubat berkenaan.

"Berdasarkan kad rawatan suspek mendapati kali terakhir dia menerima rawatan bagi penyakit mental pada Khamis lalu dan rawatan seterusnya pada 1 Mei nanti.

"Mangsa yang cedera di bahagian dada kanan akibat kejadian itu menerima enam jahitan, manakala suspek masih dirawat di zon merah HKL dan kedua-duanya dilaporkan dalam keadaan stabil," katanya.

Beliau berkata, pihaknya merampas pisau digunakan suspek dalam kejadian itu yang berukuran 12 sentimeter.

"Kami masih belum dapat membuat soal siasat terhadap suspek sehingga selesai rawatan atas nasihat doktor.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan," katanya.-myMetro
Tikam Emak Sebelum Tikam Diri Sendiri Tikam Emak Sebelum Tikam Diri Sendiri Reviewed by Unknown on March 20, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.