Seo Services

41 Penumpang Cemas Bas Ekspres Terbabas Elak Rempuh Treler, 7 Mangsa Cedera Ringan


SRI AMAN - Seramai 41 orang termasuk pemandu bas ekspres berdepan detik cemas apabila kenderaan dinaiki terbabas semasa cuba mengelak merempuh sebuah treler yang diletak di bahu jalan di San Tabut, Engkelili, Jalan Engkilili-Betong di sini malam tadi.

Jurucakap bomba berkata, dalam kejadian kira-kira pukul.7.30 malam itu, tujuh mangsa mengalami kecederaan ringan termasuk tiga terpaksa dikejarkan ke Hospital Sri Aman untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya, kemalangan berlaku ketika bas ekspres kepunyaan syarikat Bus Asia, Biaramas Ekspress itu dalam perjalanan dari Kuching ke Miri.

“Tiba di tempat kejadian, bas terbabit telah terbabas ke bahu jalan kerana cuba mengelak sebuah treler yang diletakkan di bahu jalan setelah mengalami kerosakan akibat tayar pecah,” katanya ketika dihubungi di sini pagi ini.

Beliau berkata, tujuh mangsa yang cedera terdiri daripada seorang wanita, lima lelaki dan seorang kanak-kanak lelaki.

Katanya, pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian telah menghantar tiga daripada mangsa ke Hospital Sri Aman, manakala empat lagi dirawat di tempat kejadian oleh pihak ambulans. - UTUSAN ONLINE
41 Penumpang Cemas Bas Ekspres Terbabas Elak Rempuh Treler, 7 Mangsa Cedera Ringan 41 Penumpang Cemas Bas Ekspres Terbabas Elak Rempuh Treler, 7 Mangsa Cedera Ringan Reviewed by Unknown on July 04, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.