Seo Services

Selesaikan Masalah Tanah Adat Pemakai Menoa Pulau Galau Adalah Pesanan Terakhir Arwah Tok Nan - Jamilah


PESANAN terakhir Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem, suami saya yang tercinta sebelum beliau menghembus nafasnya yang terakhir dimana saat itu saya sendiri berada disisinya disaksikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg dan Timbalan Ketua Menteri Dato Amar Douglas Uggah iaitu Arwah berpesan supaya menyelesaikan masalah Tanah Adat Pemakai Menoa Pulau Galau bagi rakyat kita.

ADUN Tanjung Datu Datuk Patinggi Datuk Amar Puan Sri Jamilah Haji Anu berkata, airmata Timbalan Ketua Menteri Datu Amar Douglas Uggah, semasa membentangkan Pindaan Kanun Tanah Sarawak memberi gambaran bagaimana kesungguhan Arwah Tok Nan iaitu
"Dalam Jiwa Mereka ada SARAWAK, Dalam Hati mereka ada RAKYAT".

"Saya berdiri di sini mewakili rakyat DUN Tanjung Datu ingin menyatakan sokongan saya terhadap Rang Undang
Undang untuk meminda Kanun Tanah Sarawak demi memasukkan Hak Adat Bumiputera atau NCR."

Jamilah berkata, Pemindaan Kanun Tanah Sarawak disifatkan penting dalam memastikan keharmonian antara orang asal bumiputera di negeri ini.

Beliau yang menyokong Rang Undang-Undang itu menggunakan prinsip Native Territorial Domain (NTD) berkata ia dilakukan demi kemakmuran Sarawak.

Malah prinsip NTD yang digunakan dalam pindaan tersebut sangat sesuai dan memenuhi kehendak Pemakai Menoa.

"Kajian menunjukkan bahawa prinsip undang-undang NTD turut diamalkan di negara lain.

"Sebagai contohnya, ia terdapat dalam undang-undang adat di seluruh dunia termasuk Australia, Kanada dan New Zealand," katanya pada sesi perbahasan semasa Persidangan DUN Sarawak.

Mengulas lanjut, prinsip berkaitan NTD adalah hak gunapakai atau 'usufructuary rights' oleh masyarakat Orang Asal dalam sesuatu kawasan dan bukam hak milik.

Namun, prinsip 'usufructuary' tidak sepatutnya dipertikaikan disebakan adat resam dan cara hidup berkelompok.

"Untuk menjamin NTD itu kekal menjadi hak adat maka sebuah badan dari Orang Asal tersebut dilantik sebagai pemegang amanah," jelas Jamilah.

Justeru dengan menyokong Rang Undang-Undang berkenaan katanya Sarawak akan terus terkenal sebagai sebuah negeri yang harmoni.

Katanya, ia telah menjadi perjuangan Allahyarham Tok Nan yang sentiasa mengutamakan kesejahteraan rakyat Sarawak sepenuh hatinya.
Selesaikan Masalah Tanah Adat Pemakai Menoa Pulau Galau Adalah Pesanan Terakhir Arwah Tok Nan - Jamilah Selesaikan Masalah Tanah Adat Pemakai Menoa Pulau Galau Adalah Pesanan Terakhir Arwah Tok Nan - Jamilah Reviewed by Admin on July 11, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.