Seo Services

SST bukti kerajaan PH berjiwa rakyat


KUALA LUMPUR - Kesan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) ini hampir separuh lebih ringan berbanding cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak menafikan bahawa rakyat berkemungkinan akan terkesan dari segi kewangan susulan pelaksanaan SST, tetapi ia adalah separuh beban daripada GST.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, SST ialah cukai seperingkat atau ‘single-stage tax’ yang secara amnya dikenakan ke atas pengilang dan bukannya pengguna.

Menurutnya, sebaliknya, GST adalah cukai pelbagai peringkat, ataupun “multi-stage tax” yang terpaksa dibayar dan dikutip pada setiap peringkat rantaian bekalan atau “supply chain”.

“Misalnya, jika patung beruang dijual oleh pengilang kepada pemborong kepada pengedar kepada peruncit dan akhirnya kepada pengguna, GST akan dikenakan pada setiap peringkat.

“Sebaliknya, SST hanya akan dikenakan ke atas pihak pengilang sahaja,” katanya ketika sidang media di Parlimen, hari ini.

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu memberitahu meskipun GST lebih telus dan berkesan tetapi ia memihak kepada kerajaan bukannya rakyat.

“Sungguhpun GST dianggap lebih telus dan efisien tetapi memihak kepada kerajaan kerana dapat kutip cukai yang lebih.

“Tetapi keprihatinan kita ialah rakyat biasa, kalau ketelusan ini memihak kepada kerajaan tapi merugikan rakyat kita bukanlah kerajaan yang berjiwa rakyat.

“Tumpuan kita ialah mengurangkan dan meringankan beban rakyat sebab itu kita pindah balik kepada SST agar kos sara hidup rakyat dikurangkan,” jelas Guan Eng.

Dalam pada itu beliau menyenaraikan kategori barangan yang tidak terkesan dengan SST antaranya bingkai cermin mata, motosikal bawah 250cc, susu formula bayi, sardin, fi doktor di hospital swasta, tiket wayang dan taman tema, insurans kesihatan untuk individu, servis penyelenggaraan serta fi transaksi perbankan. - Sinar Harian
SST bukti kerajaan PH berjiwa rakyat SST bukti kerajaan PH berjiwa rakyat Reviewed by Admin on July 19, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.