Seo Services

Syarikat peneroka minyak luar perlu memaklumkan kepada Petros


KUCHING: Petronas diminta memaklumkan kepada kerajaan negeri melalui Petros sekiranya terdapat penyertaan dan pelaburan langsung asing (FDI) untuk meneroka minyak dan gas Sarawak.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, beliau telah mengadakan perbincangan bersama Petronas dan telah membayangkan aturan terbaharu itu.

"Jika ada pelaburan langsung atau penyertaan daripada syarikat luar negara, Petronas perlu memaklumkan kepada kita, kerana mereka memerlukan lesen.

"Begitu juga jika ada mana-mana pelaburan langsung yang didapati menerusi Petros, kita akan memaklumkan Petronas. Ini adalah cara kita bekerjasama dengan Petronas," katanya berucap pada Majlis Makan Malam Kelab Penyokong Kerajaan Sarawak (SBBC) dan Gawai 2018 yang dihadiri timbalan-timbalan ketua menteri di sini, malam tadi.

Tambah Abang Johari, pada satu ketika dahulu syarikat luar negara datang ke Sarawak dan meneroka minyak di negeri ini.

Bagaimanapun ia berbeza pada kali ini dan ditambah dengan penguatkuasaan Ordinan Perlombongan Minyak (OMO) yang telah dipinda serta dilulus Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini.

"Ia adalah langkah berani kita walaupun sebelum ini perkara ini dibawa ke mahkamah yang menyaksikan kita memenanginya di Mahkamah Persekutuan.

"Namun apa yang penting kini adalah untuk memperhalusi lagi aturan antara kerajaan negeri dan persekutuan dalam perkara ini," katanya.

Tambah Abang Johari dengan adanya Ordinan Minyak itu juga Sarawak mendapat tambahan aliran hasil minyak dan gas bukan sahaja aktiviti huluan tetapi hiliran. - Utusan Borneo
Syarikat peneroka minyak luar perlu memaklumkan kepada Petros Syarikat peneroka minyak luar perlu memaklumkan kepada Petros Reviewed by Admin on July 19, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.