Seo Services

Waytha kesal kawan rapat saksi upacara angkat sumpah dihina


KUALA LUMPUR : Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang baru, P Waythamoorthy sedih dengan tindakan pengguna media sosial menghina kemunculan seorang cendekiawan Hindu yang menemaninya ke Parlimen semalam .

Waytha menyifatkan Arunachalanandaji , bukan warganegara India yang menetap di India dan dihormati kerana kebijaksanaan dan dedikasinya , sebagai kawan rapat dan saudaranya yang mendedikasikan sebahagian besar hidupnya untuk menyebarkan keamanan dunia dan keharmonian masyarakat.

“ Beliau ialah saudara saya yang melepaskan kehidupan selesa demi keamanan dunia dan hidup di sebuah gunung terpencil di India , ” katanya kepada FMT ketika dihubungi mengenai gambar di media sosial yang mendakwa ada “ hantu ” dalam galeri awam Dewan Negara.

Sebuah portal berita melaporkan mesej viral “ gambar hantu lelaki berambut panjang dan berjanggut lebat ” .

Arunachalanandaji hadir ke Dewan Negara untuk menyaksikan Waytha dan 4 individu lain mengangkat sumpah sebagai senator dan kemudiannya dilantik menganggotai Kabinet .

Waytha yang bertanggungjawab atas perpaduan negara dan kesejahteraan sosial berkata , beliau mempelawa Arunachalanandaji kerana menghormatinya .

“ Saya fikir disebabkan beliau mendedikasikan lebih 30 tahun hidupnya untuk keamanan dunia, beliau paling sesuai untuk menyerikan upacara saya angkat sumpah , ” kata pengerusi Hindraf itu yang kali ke - 2 dilantik ke Kabinet . - FMT

Waytha kesal kawan rapat saksi upacara angkat sumpah dihina Waytha kesal kawan rapat saksi upacara angkat sumpah dihina Reviewed by Admin on July 18, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.