Seo Services

Wujudkan Tabung Khas Kumpul Hasil Royalti Minyak Dan Gas - Juanda Jaya


SATU tabung khas dicadang diwujudkan bagi mengumpul hasil royalti minyak dan gas supaya boleh digunakan untuk pembangunan luar bandar di negeri ini.

ADUN Jemoreng, Dato' Murshid Diraja Dr Juanda Jaya berkata, hasil minyak dan gas merupakan salah satu pendapatan utama negeri ini yang perlu dikembalikan semula.

"Kewujudan tabung khas itu nanti membolehkan peruntukan untuk membangunkan luar bandar bersifat menyeluruh demi kebaikan rakyat Sarawak."

Katanya lagi, Sarawak memerlukan pembangunan infrastruktur yang lebih menyeluruh dan segera kerana mahukan negeri ini maju dengan negeri-negeri lain.

"Pendapatan hasil minyak dan gas ini antara pendapatan yang boleh membantu kerajaan negeri melaksanakan pembangunan."

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Penggal Ketiga selepas membahaskan Pindaan Ordinan Perlombongan Minyak (OMO) 1958 untuk kali kedua sebentar tadi.

"Pindaan OMO 1958 bukan bertujuan untuk bertegang urat dengan Kerajaan Pusat dan pemain industri seperti Petronas tetapi hanya mahu mendapatkan semula hak yang terhakis selama ini," katanya sambil menambah, pindaan OMO 1958 juga dijangka dapat meningkatkan pendapatan negeri yang sudah pasti mampu membawa manfaat berganda kepada rakyat.
Wujudkan Tabung Khas Kumpul Hasil Royalti Minyak Dan Gas - Juanda Jaya Wujudkan Tabung Khas Kumpul Hasil Royalti Minyak Dan Gas - Juanda Jaya Reviewed by Admin on July 10, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.