Seo Services

Chong Nafi Bakal KM Sarawak, PH Belum Bincang


KUCHING: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak Chong Chieng Jen menafikan laporan media beliau akan dilantik ketua menteri jika gabungan itu berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

Menurutnya yang juga Ahli Parlimen Stampin, kedua-dua PH Sarawak dan peringkat pusat tidak pernah membincangkan bakal calon untuk Ketua Menteri Sarawak.

"Ini adalah satu lagi berita palsu yang direkayasa untuk mencetus perdebatan yang tidak perlu di kalangan parti komponen PH.

"Pada masa ini, kami pemimpin PH, memberi tumpuan kepada pentadbiran negara untuk menyelamatkan negara dari kerosakan yang ditinggalkan kerajaan BN," katanya menerusi satu kenyataan ringkas hari ini.

Beliau yang merupakan Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) negeri berkata, bagi Sarawak, Gabungan Parti Sarawak (GPS) adalah punca utama mengapa banyak bahagian Sarawak masih lagi ketinggalan dalam pembangunan, sedangkan bekas pemimpin politik BN telah mengumpulkan kekayaan untuk diri mereka sendiri.

"Seperti juga diperingkat negara, kita juga memerlukan perubahan kerajaan negeri untuk menghentikan eksploitasi hak rakyat dan kekayaan negeri ini oleh kerajaan GPS," ujarnya.

Beliau berkata demikian mengulas laporan media atas talian yang mendakwa Chong Chieng Jen bakal Ketua Menteri jika PH berjaya menawan Sarawak pada PRN yang dijangka pada 2021.

Laporan itu memetik kenyataan seorang pemimpin kanan PH pusat mendedahkan Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan dan Sarawak akan diperintah DAP berdasarkan persetujuan yang dimeterai pada PRU14 yang lalu. - ibupertiwiku.com
Chong Nafi Bakal KM Sarawak, PH Belum Bincang Chong Nafi Bakal KM Sarawak, PH Belum Bincang Reviewed by Admin on August 29, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.