Seo Services

Pas sosial bukan permit untuk bekerja


KUCHING: Majikan di negeri ini termasuk peniaga kedai kopi yang menggaji warga asing diingatkan untuk memohon permit pekerjaan daripada Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak Ken Leben berkata, jabatannya hanya mengeluarkan pas sosial kepada mana-mana warga asing sebaik sahaja tiba di pintu masuk negeri ini.

“Kadang-kadang ada pekerja asing di kedai kopi, mereka ini datang hanya menggunakan pas sosial.
“Bagi jabatan, kami hanya mengeluarkan pas sosial ini di pintu-pintu masuk sebaik sahaja mereka datang tetapi ada yang menyalahgunakan pas ini untuk bekerja,” kata-nya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Korban Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya sempena Hari Raya Aidiladha 2018 di Balai Bomba Petra Jaya di sini, semalam.

Ken mengulas mengenai serbuan dijalankan JTK ke premis-premis kedai kopi di beberapa kawasan di bandar raya ini yang mana pekerja asing dari Indonesia keba-nyakannya memiliki pas yang dikeluarkan JIM tetapi tidak mempunyai permit daripada JTK.

“Saya tidak mengetahui lanjut mengenai insiden ini tetapi yang pasti dalam hal ini ada dua entiti bertanggungjawab iaitu JIM yang mengeluarkan pas sosial dan JTK permit kerja.

“Saya berasakan mungkin ada pihak yang bertanggung-jawab membawa pekerja ini datang ke Sarawak dan ia merupakan kes terpencil…saya akan memantau lanjut mengenainya,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai usaha mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sarawak, kata-nya setakat ini JIM Sarawak berjaya menangkap 1,112 PATI.

Tangkapan berkenaan kata Ken, adalah daripada pelbagai operasi di pelbagai sektor di seluruh negeri.

“Mereka yang ditangkap adalah daripada pelbagai kategori kesalahan pertama-nya termasuk menggunakan pas sosial tetapi bekerja.

“Selain itu, ada juga yang pas mereka sudah tamat tempoh, ada yang sepatutnya bekerja di satu tempat yang dibenarkan tetapi bekerja di tempat lain dan ada yang langsung tidak mempunyai permit,” katanya.

Ken berkata namun JIM Sarawak komited untuk mengekang kemasukan PATI menerusi operasi hari ke hari dikendalikan jabatan.

Turut hadir Timbalannya Hamfatullah Syawal Hamdan dan Timbalan Ketua Balai Petra Jaya Wan Umar Wan Alek. - Utusan Borneo
Pas sosial bukan permit untuk bekerja  Pas sosial bukan permit untuk bekerja Reviewed by Admin on August 23, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.