Seo Services

Projek Fertigasi Akan Diperkenalkan Di Sarawak


Kerajaan Sarawak akan memperkenalkan Projek Fertigasi menerusi Jabatan Pertanian Sarawak.

Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar  Datu Haji Len Talif Salleh berkata, sebagai permulaan, Projek Fertigasi ini akan diperkenalkan di Bahagian Mukah.

"Fertigasi adalah kaedah pemberian baja melalui sistem pengairan titis dan ianya merupakan Projek Walkabout Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg".

"Dalam sistem ini, cecair baja disalurkan di dalam pengairan," kata Len, yang juga merupakan ADUN Kuala Rajang setelah mempengerusikan mesyuarat bersama Jabatan Pertanian Mukah berkaitan Program Fertigasi di Pejabat Daerah Tanjung Manis, Belawai sebentar tadi.

Antara perkara yang lain dibincangkan pada mesyuarat tersebut adalah konsep and rekabentuk yang secara terbuka atau mempunyai Structure Pelindungan Hujan (SPH).

Len juga menyentuh mengenai jeenis tanaman dan kawalan kualiti, penetapan jenis tanaman bagi projek berkenaan dan jaringan pemasaran.

Terdahulu, beliau telah mengadakan lawatan di Tapak Taman Riyaksi yang berlokasi berdekatan dengan Tapak Pesta Belawai di tepi pantai Kampung Belawai.

Turut serta pada mesyuarat berkenaan adalah ADUN Semop Abdullah Haji Saidol.
Projek Fertigasi Akan Diperkenalkan Di Sarawak Projek Fertigasi Akan Diperkenalkan Di Sarawak Reviewed by Admin on August 17, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.