Seo Services

Cadangan Jawatankuasa Khas MA63 dibentang di Kabinet minggu ini


KUCHING: Penubuhan Jawatankuasa Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan dibentangkan pada mesyuarat Kabinet pada minggu ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Datuk Liew Vui Keong berkata pembentangan tersebut juga akan merangkumi senarai ahli jawatankuasa termasuk terma dan rujukan berkaitan.

“Jawatankuasa Khas MA63 sedang dalam proses untuk dibentangkan di Kabinet pada minggu ini,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan di Kompleks Mahkamah Kuching, hari ini.

Menurut Liew, penubuhan jawatankuasa tersebut mengambil masa yang agak lama kerana perlu melalui banyak proses seperti memorandum kabinet dan dipekelilingkan kepada kementerian yang berkaitan.

“Jawatankuasa ini tidak akan terlalu membincangkan soal sejarah MA63 yang telah dijanjikan dahulu, tetapi melihat terus kepada pelaksanaannya,” ujar beliau. - UTUSAN BORNEO
Cadangan Jawatankuasa Khas MA63 dibentang di Kabinet minggu ini Cadangan Jawatankuasa Khas MA63 dibentang di Kabinet minggu ini Reviewed by Admin on October 08, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.