Seo Services

KKM siasat kes kaki bayi kebiruan


KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) akan menjalankan siasatan terperinci berhubung kecederaan kaki bayi perempuan ketika menerima rawatan di Hospital Sibu, baru-baru ini.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Jamilah Hashim berkata, pihaknya mengambil maklum aduan di Facebook (FB) yang tular berhubung rawatan di hospital berkenaan yang didakwa cuai sehingga menyebabkan kaki pesakit bengkak dan cedera.

Beliau berkata, KKM juga akan meneliti prosedur yang digunakan doktor dan jururawat ketika memberi rawatan kepada bayi terbabit.

“KKM prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh pesakit dan akan memastikan siasatan yang dibuat telus dan mengikut prosedur," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pengguna FB dengan nama 'Safuan Comell' memuat naik gambar kaki bayi perempuannya dan meluahkan kekecewaan selepas kaki bayi itu yang dilahirkan pada 15 September lalu di Hospital Mukah kini membengkak kebiruan dari paras buku lali ke bawah.

Kejadian itu dipercayai berlaku selepas doktor di Hospital Sibu mahu mengambil darah dari bayi terbabit kerana didakwa mempunyai kuman dan perlu diuji sebelum kaki bertukar kehitaman beberapa hari kemudian.

“Dari Hospital Mukah dia sempurna semuanya. Normal sahaja. Apabila sampai di Hospital Sibu, ini akibatnya.

“Apakah dosa anak saya dibuat begitu, saya berasa tidak puas hati kerana ketika lahir pada 16 September lalu semuanya sempurna.

“Jika kaki anak saya dipotong atau dibedah, saya sebagai bapa meminta sesiapa yang berkenaan untuk bertanggungjawab atas kejadian dan keluarga saya akan mengambil tindakan selanjutnya mengikut undang-undang jika mereka tidak mahu bertanggungjawab," katanya. - Harian Metro


NOTA: Terdahulu portal ini melaporkan keluhan seorang ayah berhubung kecederaan kaki bayinya yang didakwa berpunca dari kecuaian. Bapa Bayi Perempuan Mahu Pihak Hospital Sibu Bertanggungjawab atau terima padah 
KKM siasat kes kaki bayi kebiruan KKM siasat kes kaki bayi kebiruan Reviewed by Admin on October 06, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.