KUALA LUMPUR - Pengurusan Parlimen bertindak memasang pita keselamatan di dua pintu utama laluan ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang, sejak semalam.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming berkata, peningkatan kawalan di lobi Parlimen ini adalah bagi menjaga keselamatan ahli-ahli Parlimen khususnya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berusia 93 tahun.
"Parlimen di bawah pentadbiran kerajaan baharu ini mengambil pendekatan mesra media dengan membuka lobi utama untuk liputan media. Namun, jangan lupa kita ada Perdana Menteri yang berumur 93 tahun, kami sangat pentingkan keselamatan beliau.
"Kami khuatir sekiranya ada sesiapa yang tertolak Tun (Mahathir) secara tidak sengaja. Sebab itu kita nak elak insiden seperti itu, siapa yang jatuh itu memang kita jaga," katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.
Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan berkata demikian mengulas berkaitan pemasangan pita keselamatan di dua pintu masuk ke Dewan Rakyat.
Menurut beliau, langkah keselamatan ini diambil susulan insiden Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang nyaris tersungkur ketika ditemu bual media sejurus keluar dari Dewan Rakyat.
Selain itu, katanya, pejabat Speaker juga ada menerima aduan daripada menteri-menteri berhubung perkara sama.
"Menteri-menteri ada juga merungut, media bukan seorang, puluhan orang.
"Parlimen ini institusi yang tertinggi kita mesti jaga, etika dan protokol itu penting," katanya. - Sinar Harian
Pita keselamatan Parlimen: 'Kita ada PM 93 tahun'
Reviewed by Admin
on
October 24, 2018
Rating:

No comments: