Seo Services

Saudi nafi wartawan dibunuh di bangunan konsulat di Istanbul

Gambar Reuters

ISTANBUL: Sumber di konsulat Arab Saudi di sini menafikan laporan Reuters semalam yang memetik sumber Turki bahawa mereka percaya wartawan terkenal Saudi, Jamal Khashoggi dibunuh semasa berada dalam bangunan konsulat tersebut.

Dalam satu kenyataan hari ini sumber itu berkata dakwaan berkenaan tidak berasas, dan menambah satu pasukan keselamatan termasuk penyiasat tiba di Istanbul Sabtu bagi menyiasat kehilangan Khashoggi.

Laporan berkenaan menyebut pihak berkuasa Turki percaya Jamal dilaporkan hilang beberapa hari sebelum itu selepas memasuki konsulat Saudi di sini dan dipercayai dibunuh di situ.

“Penilaian awal polis Turki mendapati Jamal dibunuh di dalam bangunan konsulat Arab Saudi di Istanbul dan pembunuhan itu memang dirancang. Mayat itu kemudian dibawa keluar dari situ,” lapor Reuters memetik seorang pegawai Turki.

Jamal, yang hidup dalam buangan kendiri di Washington sejak tahun lepas bagi mengelakkan tindak balas berikutan kritikannya terhadap dasar Saudi, memasuki bangunan konsulat negara itu bagi mendapatkan dokumen untuk perkahwinan beliau, kata tunangnya yang menunggu di luar. Beliau tidak dapat dihubungi selepas itu.

Berikutan itu pegawai Turki dan Saudi mengeluarkan kenyataan saling bercanggah mengenai kehilangan Jamal, dengan Ankara berkata tidak terdapat bukti beliau keluar dari bangunan berkenaan, sementara pegawai Saudi berkata beliau meninggalkan konsulat pada hari sama.

Sumber keselamatan Turki memberitahu Reuters, sekumpulan 15 warga Saudi, termasuk beberapa orang pegawai, tiba di Istanbul dengan 2 kapal terbang dan dilihat memasuki konsulat pada hari yang sama dengan Jamal. Mereka kemudiannya meninggalkan Turki.

Sumber berkata, pihak berkuasa Turki kini cuba mengesan identiti mereka. Agensi berita Anadolu juga melaporkan kumpulan warga Saudi itu berada di konsulat itu tidak lama.

Semalam, Yasin Aktay, penasihat Parti AK dan rakan Jamal, memberitahu AlJazeera, “kami menuntut penjelasan meyakinkan daripada Arab Saudi dan kenyataan Putera Mahkota Mohammed Salman yang membenarkan pihak berkuasa Turki menggeledah bangunan konsulat terbabit tidak meyakinkan.”

Pihak pendakwa Turki telah memulakan penyiasatan berhubung kes tersebut dan jurucakap Parti AK berkata pihak berkuasa akan membongkar keberadaan wartawan tersebut.

Semalam konsul Saudi di Istanbul, Mohammad al-Otaibi membenarkan Reuters memasuki bangunan konsulat bagi menunjukkan Jamal tidak berada di situ, dan berkata dakwaan penculikan wartawan itu tidak berasas.

Beliau berkata, konsulat tersebut dilengkapi kamera keselamatan tetapi mereka tidak membuat rakaman menyebabkan imej Jamal masuk dan keluar tidak dapat ditunjukkan. - FMT
Saudi nafi wartawan dibunuh di bangunan konsulat di Istanbul Saudi nafi wartawan dibunuh di bangunan konsulat di Istanbul Reviewed by Admin on October 07, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.