Daily Mail melaporkan, polis berkata mangsa diserang oleh suspek dikenali sebagai Dinesh Kumar di sebuah perkampungan kecil berhampiran Attur di daerah Salem, Tamil Nadu.
Sebelum kejadian itu, mangsa yang juga anak kepada pasangan buruh sempat menceritakan kepada ibunya mengenai tindakan suspek yang memujuknya melakukan perbuatan berkenaan namun ditolak beberapa kali.
Suspek dikatakan naik angin apabila cubaannya memujuk mangsa yang berasal dari keluarga kasta lebih rendah tidak berjaya.
Jurucakap polis kanan, Ponkarthik Kumar memberitahu CNN bahawa mangsa dibunuh dengan kejam dan pihaknya sedang menyiasat kes terbabit.
“Remaja itu dibunuh dengan kejam. Siasatan masih lagi dilakukan manakala suspek sudah ditahan polis,” katanya.
Polis bagaimanapun menolak dakwaan mengatakan lelaki itu mengalami masalah mental ketika dia menyembelih mangsa dengan sabit. - AGENSI/HMetro
Dipenggal kerana enggan lakukan seks
Reviewed by Admin
on
November 07, 2018
Rating:
No comments: