Seo Services

Kerajaan Bincang Laksana Cukai Minuman Bergula Untuk Budayakan Hidup Sihat


PUTRAJAYA – Mesyuarat Kabinet akan datang bakal membincangkan mengenai pelaksanaan cukai eksais terhadap minuman bergula dalam usaha mewujudkan budaya hidup sihat dan mencegah penyakit tidak berjangkit (NCD).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, cadangan untuk polisi berkenaan telah pun dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Ke Arah Persekitaran Hidup Yang Sihat yang dipengerusikannya hari ini.

Jelas beliau, pelaksanaan cukai berkenaan telah dilakukan di negara-negara jiran termasuk Brunei, Thailand dan Filipina selain Mexico serta terbukti keberkesanannya.

“Cukai ini belum diperincikan lagi, kita hendak bawa ke Kabinet dan Menteri Kewangan akan memperhalusinya,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Menurut Dr. Wan Azizah, secara keseluruhannya, sebanyak 12 polisi ke arah hidup sihat telah dipersetujui mesyuarat hari ini yang turut disertai oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad serta wakil-wakil dari 12 kementerian lain.

“Polisi yang dipersetujui secara prinsip tetapi memerlukan penelitian dari sudut pelaksanaan adalah sekatan mandatori terhadap waktu operasi kedai makanan dan restoran kepada 12 tengah malam.

“Polisi ini memerlukan engagement (libat urus) dengan pemegang taruh dan dijalankan secara berfasa,” katanya. – UTUSAN
Kerajaan Bincang Laksana Cukai Minuman Bergula Untuk Budayakan Hidup Sihat Kerajaan Bincang Laksana Cukai Minuman Bergula Untuk Budayakan Hidup Sihat Reviewed by Admin on November 01, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.