Kerajaan Sarawak akan mengambil alih pengurusan semua Taska dan Tadika SeDidik di seluruh negeri ini bermula tahun depan, kata Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak negeri, Datuk Seri Fatimah Abdullah.
Beliau berkata Majlis Mesyuarat Kabinet Negeri (MMKM) telah meluluskan pengambil alihan pengurusan tersebut hari ini.
"Pada mesyuarat hari ini, kabinet negeri turut meluluskan cadangan pemberian geran tahunan RM5,000 kepada semua taska dan tadika berdaftar di Sarawak, sama ada yang diurus oleh kerajaan mahupun swasta bermula tahun depan.
"Pemberian geran tahunan itu melibatkan peruntukan tahunan sebanyak RM16 juta dan akan memanfaatkan 3,034 taska dan tadika,” katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis Welbest Kitchen Sarawak 2018 semalam.
Beliau berkata terdapat beberapa taska dan tadika SeDidik yang masih dalam keadaan daif dan memerlukan pembaikan, naik taraf dan pembinaan baharu dan bagi tujuan tersebut sejumlah RM20 juta lagi diperlukan untuk menyediakan prasarana yang selamat dan kondusif. -Bernama
Kerajaan Sarawak Ambil Alih Pengurusan Taska, Tadika sedidik
Reviewed by Admin
on
November 23, 2018
Rating:
Reviewed by Admin
on
November 23, 2018
Rating:

No comments: