![]() |
| Foto Utusan Borneo |
KUCHING: Projek Air Pancut Berirama Darul Hana tidak dianugerahkan secara tender terbuka kerana rekaan projek adalah rumit dan memerlukan kepakaran khas.
Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip berkata, kerajaan negeri sedia berkongsi reka bentuk dengan pembangkang sekiranya mereka mampu membina projek dengan kos lebih rendah.
"Ianya memerlukan kerja pakar dan rumit. Semua proses telah diikut. Tiada tender terbuka sekiranya ia kerja khas dan rumit.
"Sekiranya Yang Berhormat benar-benar yakin dapat menyiapkan projek mengikut sepenuhnya spesifikasi Air Pancut Berirama Darul Hana dengan kos RM5 juta dipersilakan, disokong.
"Kerajaan negeri bersedia berkongsi reka bentuk kepada Yang Berhormat untuk dilaksanakan Air Pancut Berirama Darul Hana dengan kos RM5 juta," jelasnya menjawab soalan Violet Yong (DAP-Pending) ketika ucapan penggulungan bagi kementerian beliau di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.
Menurut Violet, tender untuk projek tidak dianugerahkan secara terbuka dan kos pembinaan RM31 juta adalah terlampau tinggi.
Beliau memberitahu, muzik, lampu dan air pancut tidak bergerak seiring dengan irama serta tidak mempunyai kesan api (fire effect).
"Anda mempelawa saya untuk membina projek ini, tetapi tender untuk projek ini tidak dibuka untuk umum. Oleh itu, saya tidak mempunyai peluang. Dan saya juga bukan kontraktor," jawab Violet.
Violet berkata, sekiranya projek dianugerah kepada pemain industri menerusi tender terbuka, beliau percaya, projek boleh dibangunkan dengan kos RM5 juta.- UTUSAN BORNEO
Kerajaan Sarawak Tawar Wakil DAP Buat Projek Air Pancut Berirama Darul Hana Dengan Kos RM5 Juta
Reviewed by Admin
on
November 12, 2018
Rating:
Reviewed by Admin
on
November 12, 2018
Rating:

No comments: