![]() |
Foto Utusan Online |
PARIT 7 Nov.- Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Perak menggesa agar Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk A. Kadir Jasin dan tokoh perniagaan, Koon Yew Yin disiasat mengikut Akta Hasutan 1948.
Ketua Penerangan Perkasa Negeri, Safian Mohd. Sauri Pandak Abd.Samad berkata, tindakan tersebut perlu kerana kenyataan kedua-dua tokoh terlibat di dalam blog masing-masing jelas berkencenderungan menghasut rakyat membenci institusi beraja di negara ini.
Malah, kata Safian, tindakan tersebut juga berpotensi untuk menggerakkan rakyat untuk menghina, mempersenda dan menghapuskan institusi raja-raja Melayu.
"Tindakan mereka kurang ajar apabila mencabar raja kita. Raja Melayu termaktub dalam Perlembagaan dan mereka berkuasa sepenuhnya daripada segi harta, kedudukan dan kesemuanya.
"Jadi apabila ada individu membuat dakwaan yang boleh menghasut, kecenderungan membenci institusi diraja, Perkasa akan bangkit mempertahankan kerana bagi orang Melayu, Raja Melayu bukan sahaja berada di hati tetapi tertanam dalam jiwa," katanya.
Safian berkata demikian dalam sidang akhbar selepas membuat dua laporan polis terhadap individu berkenaan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah di sini hari ini.
Turut serta membantah kira-kira 45 orang ahli Perkasa melibatkan Parlimen Parit, Pasir Salak, Lumut, Bagan Datuk dan Teluk Intan. - UTUSAN ONLINE
Perkasa Perak gesa Kadir, Yew Yin disiasat di bawah Akta Hasutan
Reviewed by Admin
on
November 07, 2018
Rating:

No comments: