Seo Services

Protes Bukan Adab Rakyat Malaysia, Kata Menteri


PUTRAJAYA – “Saya tidak melayan permintaan kalau ada unsur ugutan,” tegas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tuntutan Pengasas Big Blue Capital (M) Sdn Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail yang mahu bertemu sendiri dengan beliau, dan jika tidak dapat berbuat demikian, akan mengadakan protes di Padang Merbok, Kuala Lumpur.

Siew Fook berkata, pihaknya sentiasa bersedia untuk mengadakan perbincangan, namun tidak perlulah sehingga membuat ugutan seperti itu.

“Kalau tidak jumpa, maka mahu protes. Saya rasa itu bukan adab rakyat Malaysia.

“Dulu, ketika menjadi pembangkang pun, kita tidak cakap kalau menteri tidak jumpa, kita protes. Kita hantar memorandum,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Shamsubahrin sebelum ini berkata, beliau menuntut perjumpaan dengan Siew Fook bagi membincangkan isu penting, antaranya mengenai perkhidmatan e-hailing yang memberi kesan kepada pendapatan pemandu teksi.

Siew Fook berkata, beliau sudah menugaskan Setiausaha Politiknya untuk mengadakan pertemuan dengan semua persatuan dan pemandu teksi.

“Memang banyak pertemuan yang kita sudah buat dan bukan beliau (Shamsubahrin) saja wakil persatuan teksi, ada ramai yang kita jumpa juga,” katanya. – BHarian
Protes Bukan Adab Rakyat Malaysia, Kata Menteri Protes Bukan Adab Rakyat Malaysia, Kata Menteri Reviewed by Admin on November 06, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.