MOSCOW - RUSIA. Presiden Rusia, Vladimir Putin, semalam menegaskan tentera negara itu berhak merampas tiga kapal Ukraine pada minggu lalu, namun rakan sejawatannya di Amerika Syarikat (AS), Vladimir Putin menyuarakan kebimbangan terhadap tindakan Moscow ke atas sekutunya.
Menerusi kenyataan pertamanya sejak insiden konfrontasi pada Ahad lalu, Putin berkata, kejadian itu telah dirancang Kiev sebagai satu 'provokasi'.
"Kapal Ukraine telah memasuki perairan Rusia dan enggan memberi respons apabila diminta berhenti oleh bot peronda Moscow. Jadi, apa yang pihak berkuasa Rusia perlu buat?Mereka hanya menjalankan tugas untuk melindungi sempadan Rusia. Mereka akan melakukan perkara sama jika berada di negara anda," katanya.
Moscow dan Kiev saling menuding jari menyalahkan antara satu sama lain terhadap insiden di luar pantai Crimea itu.
Rabu lalu, Presiden Ukraine, Petro Poroshenko turut menandatangani pelaksanaan undang-undang tentera selama 30 hari di wilayah bersempadan Rusia, Laut Hitam dan Laut Azov. - AFP
Putin pertahan tindakan tentera Rusia
Reviewed by Admin
on
November 29, 2018
Rating:

No comments: