Seo Services

Ringgit terus jatuh, ditutup lebih rendah berbanding dolar


KUALA LUMPUR: Ringgit terus jatuh untuk ditutup lebih rendah berbanding dolar AS hari ini seiring dengan kebanyakan mata wang Asia selepas dolar AS meningkat ke paras tertinggi pada 2018 apabila pelabur bersedia untuk kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan bulan depan.

Pada 6.00 petang, ringgit berada pada 4.1860/1900 berbanding 4.1780/1810 bagi setiap dolar AS pada Jumaat.

Peniaga berkata dolar meningkat sejak Rizab Persekutuan AS mengekalkan kadar faedah pada minggu lalu dan mengesahkan pendirian kewangannya yang ketat, yang disokong oleh ekonomi Amerika Syarikat yang kukuh.

Ketua Strategi Mata Wang dan Penyelidikan Pemasaran FXTM Global Jameel Ahmad berkata, pemacu lain yang akan mempengaruhi prestasi pasaran kewangan global selepas pilihan raya separuh penggal AS berakhir, adalah spekulasi sama ada Presiden Donald Trump ikhlas dengan komennya yang menjanjikan perjanjian perdagangan dengan China mungkin dicapai akhir bulan ini.

“Kebimbangan memuncak dengan keraguan yang satu perjanjian akan dicapai, yang mana merupakan risiko lain untuk pasaran baru muncul kerana ia jadi menghalang selera pelabur daripada melabur dalam aset berisiko,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, mata wang tempatan keseluruhannya lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0265/0299 daripada 3.0315/0341 pada Jumaat, tetapi berbanding yen Jepun, ia susut kepada 3.6739/6780 daripada 3.6685/6714.

Ia meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3765/3833 daripada 5.4343/4386 pada Jumaat dan mengukuh berbanding euro kepada 4.7113/7175 daripada 4.7362/7413 sebelumnya. - BERNAMA
Ringgit terus jatuh, ditutup lebih rendah berbanding dolar Ringgit terus jatuh, ditutup lebih rendah berbanding dolar Reviewed by Admin on November 12, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.