Seo Services

Video buli viral, polis sedang kesan seorang lagi suspek


KUANTAN - Polis sedang mengesan seorang daripada tiga suspek yang terlibat dalam satu kes buli yang tular dalam laman sosial Facebook dan aplikasi Whatsapp sejak semalam.

Video berdurasi 1.38 minit itu dipercayai berlaku di sebuah sekolah dekat Cherating, di sini pada 7 Ogos lalu memaparkan seorang pelajar tingkatan dua dipukul oleh tiga orang pelajar lain di dalam kelas.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komissioner Mohamad Noor Yusuf Ali berkata, ketiga-tiga suspek merupakan rakan sekelas yang dipercayai mula mengganggu mangsa sejak April lalu.

"Ketiga-tiga suspek telah dikenalpasti selepas mangsa membuat laporan polis pada 10 Ogos lalu dan dua daripada mereka sudah disoal siasat.

"Manakala seorang lagi suspek gagal ditemui memandangkan dia tidak hadir ke sekolah selepas mengetahui dua daripada rakannya telah disoal polis," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini hari ini.

Tambahnya, polis sedang mengesan suspek ketiga dan meminta kerjasama ibu bapa serta pihak sekolah untuk membawa pelajar berkenaan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera. - K! ONLINE
Video buli viral, polis sedang kesan seorang lagi suspek Video buli viral, polis sedang kesan seorang lagi suspek Reviewed by Admin on November 07, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.