Seo Services

Yayasan Albaghdadi buka 20 lagi pusat pembelajaran Al Quran


SIBU, 25 Nov (Bernama) -- Sebanyak 20 lagi pusat pembelajaran Al-Quran Albaghdadi dirancang dibuka di Sarawak dalam tempoh lima tahun akan datang sebagai usaha membantu kanak-kanak Islam menguasai kemahiran membaca Al-Quran.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Albaghdadi, Ustaz Farhan Alias berkata, pembukaan pusat-pusat tersebut adalah berikutan sambutan menggalakkan daripada masyarakat Islam terhadap program dijalankan di tiga pusat sedia ada – di Kota Samarahan, Sibu dan Miri.

Katanya, kelangsungan pembelajaran dan pengajaran Al-Quran di negeri ini bukan setakat tanggungjawab kerajaan semata-mata malah memerlukan sokongan dan komitmen badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan lain-lain pertubuhan Islam.

“Dalam audit untuk program KAFA (Kelas Farduan Ain) pada tahun 2008 dan 2009 di Sarawak, didapati masih banyak lagi keperluan dari sudut pendidikan Al-Quran perlu dilakukan dan kita tidak boleh bergantung kepada jabatan agama, surau atau masjid kerana mereka mempunyai kekangan dari segi peruntukan.

“Atas sebab itulah Albaghdadi mula membuka satu pusat pembelajaran di Sarawak pada tahun 2012 di Kota Samarahan. Kita masih baru di Sarawak, setakat ini kita ada program dilaksanakan oleh pusat pembelajaran Al-Quran dan pusat menyediakan program asas hafazan Al-Quran,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis konvokesyen dan khatam Al-Quran Albaghdadi Learning Centre (ALC) Ummi Nur Asiah di sini hari ini. -- BERNAMA
Yayasan Albaghdadi buka 20 lagi pusat pembelajaran Al Quran Yayasan Albaghdadi buka 20 lagi pusat pembelajaran Al Quran Reviewed by Admin on November 26, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.