Ahli politik Mexico terbunuh dalam nahas helikopter, 10 hari selepas pegang jawatan

Seo Services

SEORANG ahli politik wanita terbunuh selepas helikopter yang dinaikinya terhempas di Mexico.

Nahas berlaku hanya 10 hari selepas beliau memegang jawatan itu.

Martha Erika Alonso, 45, menaiki helikopter bersama suaminya, yang merupakan bekas gabenor, Rafael Moreno Valle Rosas, pada Isnin.

Presiden Mexico, Andrés Manuel López Obrador, mengesahkan Alonso dan Valle maut dalam nahas itu, yang berlaku di Coronango, Puebla.

Alonso mula memegang jawatan sebagai gabenor Puebla pada 14 Disember lalu.

Beliau merupakan wanita pertama yang memegang jawatan tersebut, dan hanya tujuh gabenor wanita dalam sejarah Mexico. - Mirror Online/MSTAR
Ahli politik Mexico terbunuh dalam nahas helikopter, 10 hari selepas pegang jawatan Ahli politik Mexico terbunuh dalam nahas helikopter, 10 hari selepas pegang jawatan Reviewed by Admin on December 25, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.