MIRI: Seorang lelaki warga Indonesia dipercayai dibunuh oleh rakan senegaranya selepas skandal melibatkan hubungan sulit mangsa dengan isteri suspek terbongkar.
Dalam kejadian sekitar jam 11 malam pada 1 Disember lalu, suspek bertindak mencederakan mangsa dengan menggunakan senjata tajam di rumah kongsi pekerja sebuah syarikat perladangan di Bakong.
Ketua Polis Daerah Baram Gabriel Risut yang mengesahkan kes tersebut, memberitahu mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh penyelia ladang selepas dimaklumkan oleh pekerjanya berhubung pergaduhan antara mangsa dengan suspek.
Mangsa dihantar ke Hospital Miri oleh penyelia ladang menggunakan kenderaan syarikat, namun disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital.
Bertindak atas maklumat diterima, polis menahan sembilan lelaki berusia di antara 18 hingga 45 tahun yang juga pekerja ladang berkenaan bagi membantu siasatan.
Turut dirampas ialah sebilah pisau badek yang dipercayai digunakan oleh suspek untuk menikam mangsa.
Kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - UTUSAN BORNEO
Buruh ladang dibunuh, hubungan sulit terbongkar
Reviewed by Admin
on
December 03, 2018
Rating:

No comments: