Seo Services

Maria Chin tak setuju Sosma, Poca dikekalkan


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah hari ini tidak bersetuju dengan hajat kerajaan yang mahu mempertahankan dan meminda undang-undang seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) atau Sosma dan Akta Pencegahan Jenayah (Poca).

Maria Chin berkata, Sosma dan Poca adalah undang-undang yang “buruk” dan tidak boleh dipinda kerana undang-undang itu mengenakan penahanan tanpa perbicaraan.

“Adakah dia (Tan Sri Muhyiddin Yassin) akan batalkan penahanan tanpa perbicaraan dan bagi kuasa kepada polis tahan selama 28 hari tanpa bicara,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Maria yang pernah ditahan di bawah Sosma selama 10 hari turut mempersoalkan adakah pengekalan akta Sosma dan Poca akan membolehkan mereka yang ditahan mempunyai akses kepada peguam dan keluarga.

“Macam saya (yang pernah kena tahan bawah Sosma) hanya hari pertama saya dapat selepas itu saya tanya tapi tak ada akses,” katanya.

Menurutnya, sekiranya pendakwa raya membuat aduan dan memohon beliau dikenakan di bawah tahanan Sosma, beliau akan dimasukkan ke dalam penjara semula.

“Sampai habis perbicaraan baru saya boleh dilepaskan. Saya rasa ini menjejaskan hak asasi manusia dan adakah perkara ini akan diteruskan,” soalnya.

Maria turut mempersoalkan wanita yang dibicara di bawah Sosma dan Poca diletakkan peranti pengawasan elektronik.

“Kalau perbicaraan mahkamah belum selesai mereka akan diletakkan peranti pengawasan elektronik yang tidak tahu berapa kilometer dia tak boleh keluar dari kawasan itu.

“Jadi macam mana tahanan itu akan kerja kalau dia tak boleh keluar dari kawasan dia? Kalau dia ditahan di Terengganu tapi kerja dia di Kuala Lumpur macam mana?,” katanya.

Semalam, Muhyiddin yang merupakan menteri Dalam Negeri berkata kerajaan tidak berhajat menghidupkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dimansuhkan sejak 2012 dan akan menggunakan undang-undang yang ada bagi mengekalkan keamanan dan keselamatan negara.

Katanya, hasil dapatan sebuah jawatankuasa yang dibentuk mendapati undang-undang seperti Sosma dan Poca adalah penting dan harus dipertahankan walaupun mungkin memerlukan beberapa pindaan kelak.

Penasihat Lawyers For Liberty N Surendran pula berkata pemansuhan Poca dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang lalu dan Muhyiddin seharusnya tidak memungkiri janji itu.

“Kerana ia adalah janji penting mengenai kebebasan awam. Poca membenarkan tahanan tanpa perbicaraan seperti ISA. Ia tidak harus dipertahankan.

“Muhyiddin seharusnya hentikan daripada mendengar unsur-unsur tertentu dalam pasukan polis dan kementerian dalam negeri yang mahu Poca dikekalkan,” katanya.

Mengulas mengenai Sosma pula, Surendran berkata pihaknya tidak mengetahui apa pindaan yang diperkatakan oleh Muhyiddin.

“Bagaimanapun, apa-apa pindaan seharusnya meluas, ia seharusnya menghapuskan semua tahanan dan perbicaraan yang tidak adil dalam Sosma,” katanya. - FMT
Maria Chin tak setuju Sosma, Poca dikekalkan Maria Chin tak setuju Sosma, Poca dikekalkan Reviewed by Admin on December 31, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.