Seo Services

“Guan Eng ‘Serang’ Sarawak Untuk Tutup Kegagalan PH”


Kenyataan Media

“Guan Eng ‘Serang’ Sarawak Untuk Tutup Kegagalan PH”

Tindakan Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng, yang terus-terusan ‘menyerang’ Sarawak, dilihat sebagai bertujuan menutup kelemahan dan kegagalan Pakatan Harapan (PH) khususnya DAP dalam melaksanakan janji-janji mereka kepada Sarawak pada PRU-14.

Ia juga bertujuan menutup kelemahan beliau sebagai Menteri Kewangan selepas tindakannya memotong bajet untuk Sarawak, dan membatalkan tiga projek jambatan di Sarawak sehingga mencetuskan kemarahan rakyat Sarawak.

Selepas membuat tuduhan palsu bahawa Sarawak ada hutang tertunggak dengan Pusat, hari ini LGE mendakwa Kerajaan Sarawak berbohong dan menyebarkan fitnah mengenai cukai pelancongan serta menganggap ia tidak lebih kepada persiapan awal bagi menghadapi pilihan raya negeri, dua tahun lagi.

Sebenarnya LGE yang cuba menutup kegagalannya selepas tindakan demi tindakannya yang menganaktirikan Sarawak telah mencetuskan kemarahan di kalangan rakyat di Bumi Kenyalang.

Malaysia Baharu yang digambarkan LGE amatlah mendukacitakan. Beliau bukan sahaja tidak profesional, malah tidak matang sama sekali dalam menggalas tanggungjawab beliau sebagai seorang Menteri Persekutuan. Polemik politik haruslah diketepikan bila ianya melibatkan kepentingan Negeri dan Negara.

YB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan Kebudayaan Kesenian Belia dan Sukan Sarawak hanya mengutarakan isu kepada Kerajaan Persekutuan. Adakah dengan mengutarakan isu terus dilabel sebagai cuba meretak hubungan Persekutuan-Negeri. Bukan kah Malaysia Baharu melaung-laungkan keterbukaan dalam menegur, kebebasan bersuara dan sebagainya? Sepatutnya beliau menangani setiap isu secara profesional, bukannya terus melatah dan mengecam Sarawak.

Sebagai Menteri yang telah dipertanggungjawabkan untuk mentadbir urus dan membangunkan Negara dan Negeri, sikap sebegini jelas menunjukkan keangkuhan, kebiadaban dan kelemahan LGE sendiri dan sememangnya tidak layak untuk menjadi Menteri Kewangan.

Tuduhan LGE bahawa Sarawak mempunyai tuggakan hutang kepada Pusat juga menunjukkan kedangkalan beliau sebagai Menteri Kewangan dan beliau tidak faham apa yang dinyatakannya. Ini susulan kenyataan Pejabat Ketua Menteri Sarawak yang menafikan perkata itu. Pejabat Ketua Menteri Sarawak mengesahkan rekod baik Sarawak itu turut dilaporkan oleh Ketua Audit Negara dalam laporan tahunannya dan dikemukakan kepada Majlis Kewangan Negara.

Kalau Menteri Kewangan sendiri tidak jelas dengan status hutang tersebut, maka tidak layak lah beliau menjadi Menteri Kewangan. Jika beliau menyedari status sebenar hutang berkenaan tetapi sengaja mempolitikkannya untuk mengejek Kerajaan Negeri, ia bermakna LGE tidak layak untuk menjadi Menteri Kewangan.

Kalau lah Sarawak mahu bersikap mengungkit seperti LGE, boleh sahaja kita ungkitkan hasil bumi Sarawak yang telah banyak dikaut dan diambil Kerajaan Pusat.


YB Fazzrudin Abd Rahman
Timbalan Ketua Pemuda PBB
ADUN N6. Tupong
(8 Januari 2019)
“Guan Eng ‘Serang’ Sarawak Untuk Tutup Kegagalan PH” “Guan Eng ‘Serang’ Sarawak Untuk Tutup Kegagalan PH” Reviewed by Admin on January 08, 2019 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.