![]() |
kredit gambar Zulazhar Sheblee |
KEGAGALAN DAP, terutamanya Abdul Aziz Isa (Pembantu Khas Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen) menunaikan janji kepada orang kampung punca ramai ahli DAP Melayu, khususnya penduduk Kampung Haji Baki di Kuching bertindak keluar dari parti tersebut.
Ini didedahkan oleh Yuseri Suhaili, bekas ahli DAP dan penggerak utama program-program DAP khususnya di DUN Batu Kitang kepada pemberita sebentar tadi.
"DAP (Aziz) hanya pandai berjanji tapi tidak pernah menunaikan janjinya kepada orang kampung.. Memang dia pandai bercakap bertemu dengan masyarakat dari rumah ke rumah tapi untuk menunaikan janjinya memang payah sekali."
Jelas Yuseri lagi, beliau telah banyak kali menemani Aziz pergi berkempen hampir setiap minggu dan menabur janji memberi bantuan kepada mereka namun sehingga kini, janji tinggal janji dan dia (Yuseri) pula yang menjadi mangsa apabila penduduk disana menagih janji yang telah diberi.
"Sebagai contoh salah satu dari janji Aziz kepada Masjid Di Kampung Haji Baki yakni akan memberi kanopi untuk mereka.. Aziz minta mereka menulis surat permohonan namun hingga sekarang tiada maklum balas daripada DAP mengenai perkara tersebut."
"Aziz ini hanya setahun jagung dalam DAP tapi berhasrat untuk menjadi pemimpin namun bagaimana hendak menjadi pemimpin jika tidak pandai menunaikan janji kepada rakyat?," persoal Yuseri yang telah menjadi ahli DAP sejak tahun 2010 lagi.
"Saya memilih SUPP kerana saya yakin dengan ADUNnya (Lo Khere Chiang) dan saya berjanji akan membantu SUPP membawa lebih ramai orang untuk menyertai SUPP," katanya lagi.
Yuseri berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Borang Keahlian SUPP kepada ADUN Batu Kitang Lo Khere Chiang di Kampung Haji Baki sebentar tadi.
Dalam majlis tersebut seramai 82 orang bekas ahli DAP dan PKR yang telah meninggalkan parti masing-masing untuk menyertai SUPP setelah hilang keyakinan kepada kepimpinan DAP Sarawak.
Oleh: Salfian Nawawi
Hanya Pandai Berjanji Tapi Menunaikan Tidak, Punca Ramai Melayu Keluar DAP
Reviewed by Admin
on
January 03, 2019
Rating:

No comments: