Seo Services

Sarawak Perlukan Pemimpin Yang Berjuang Untuk Semua Kaum

January 24, 2019

KUCHING: Rakyat memerlukan pemimpin yang mampu memperjuangkan hak serta kepentingan semua kaum di negeri ini, kata Timbalan Ketua Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Fazzrudin Abdul Rahman

Beliau berkata demikian sebagai membidas kenyataan Abdul Aziz Isa yang mendakwa cadangan kerajaan negeri Sarawak untuk menaiktaraf Mahkamah Adat Bumiputera bukan dari Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, sebaliknya cadangan itu datang dari Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjun.

Fazzrudin berkata, Aziz mungkin masih tidak menyedari betapa pentingnya perpaduan dalam pelbagai kaum dan agama di Sarawak.

"Kita memerlukan seorang pemimpin yang bukan hanya mampu berjuang untuk rakyat berbangsa Dayak , tetapi juga Melayu, Melanau, Jawa dan lain-lain

"Sentimen seperti itu tidak akan baik untuk Sarawak. Budaya DAP Semenanjung tidak dialu-alukan di Sarawak," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan, dalam kes Mahkamah Anak Negeri di Sarawak, Kerajaan Sarawak telah menaik taraf dan memperkasakan Mahkamah Bumiputera secara berterusan sejak ordinan itu diwujudkan pada tahun 1992.

Fazzrudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong berkata, sekiranya dia (Aziz) terlupa, semasa Simposium Kebudayaan Iban ke-7, yang dipengerusikan oleh YB Datuk Alexander Nanta Linggi pada tahun 2018, ia telah dibincangkan di kalangan peserta secara khusus menyentuh dan meminta untuk meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Bumiputera.

"Resolusi mengenai perkara itu telah diusulkan kepada Ketua Menteri.

"Ketua Menteri, seperti kebiasaannya, memberi tindak balas positif, malah ianya dijadikan salah satu teras perjuangan Gabungan Parti Sarawak (GPS)," jelasnya.

Beliau menegaskan, dengan mengatakan bahawa cadangan Ketua Menteri hanya mengulangi apa yang dibentangkan oleh Tan Sri Richard Malanjun di Sabah pada Khamis lepas sama seperti mengatakan Mancester United yang melantik Solksjaer atau hanya mengulangi apa yang telah dibincangkan di Facebook.
Sarawak Perlukan Pemimpin Yang Berjuang Untuk Semua Kaum Sarawak Perlukan Pemimpin Yang Berjuang Untuk Semua Kaum Reviewed by Admin on January 24, 2019 Rating: 5

'Sultan Malaysia’ dibebaskan, kertas siasatan masih belum lengkap

January 20, 2019

SEORANG lelaki yang mendakwa dirinya sebagai “Sultan Malaysia” atau ‘tuan punya' kerajaan Malaysia dibebaskan dengan jaminan polis setelah direman bermula 13 Jan lepas bagi membantu siasatan membabitkan kesalahan memperdaya dan tujuan menipu.

Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Arshad Abu berkata individu yang berusia, 47 tahun dibebaskan dengan jaminan polis selama sebulan bersama seorang penjamin yang merupakan bapa mertua suspek.

"Suspek dilepaskan hari ini (Ahad) memandangkan bahawa kertas siasatan masih belum lengkap dan tempoh reman tamat hari ini,” katanya menerusi satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata kes tersebut akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara untuk mendapat arahan lanjut.

Lelaki itu sebelum ini mengadakan sidang media di Sungai Rambai pada 13 Jan lepas dan mendakwa bahawa beliau adalah ‘tuan punya' (pemilik) Kerajaan Malaysia dan layak untuk menuntut jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri Malaysia.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan dan polis telah merakam percakapan 20 individu bagi membantu siasatan terhadap suspek yang mempunyai empat rekod lampau di bawah kesalahan kes penipuan, curi dalam bangunan dan gagal memberi keterangan di Perak sebelum ini. - Bernama
'Sultan Malaysia’ dibebaskan, kertas siasatan masih belum lengkap 'Sultan Malaysia’ dibebaskan, kertas siasatan masih belum lengkap Reviewed by Admin on January 20, 2019 Rating: 5

Chef Wan teringin nak tampar Najib

January 20, 2019

Sebagai anak yang membesar di petempatan Felda, isu agensi kerajaan itu tetap amat dekat di hati Chef Wan. Dan ia dipaparkannya sekali lagi di Cameron Highlands hari ini.

Semasa hadir berkempen untuk PH di Felda Sungai Koyan 1 di Jelai tadi, Chef Wan juga dengan garang menyatakan rasa kecewanya kepada BN, khususnya kepada presiden gabungan itu, Najib Razak.

Puncanya, Chef Wan tidak merestui langkah Felda - semasa ditadbir kerajaan BN - memberikan imbuhan kepada peneroka yang dianggapnya rasuah.

"Sebelum pilihan raya lalu mak saya dapat RM5,000 dan anak-anak Felda dapat RM5,000.

"Mak saya kata, kerajaan bagi RM5,000 (tapi) saya cakap pada dia, saya tak nak ambil duit tu. Itu duit rasuah," katanya kepada media.

Terdahulu cef selebriti itu hadir untuk berkempen dan mengadakan demonstrasi memasak di petempatan Felda berkenaan.

Turut hadir Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali dan calon PH, M Manogaran.

Untuk rekod Jelai adalah salah satu kawasan yang terletak di bawah kawasan parlimen Cameron Highlands dan menjadi salah satu kubu kuat BN.

Wakil rakyat bagi Jelai ialah Wan Rosdy Wan Ismail yang juga menteri besar Pahang.

Itu duit rakyat

Kata Chef Wan pemberian wang berkenaan tidak bermakna jika pada waktu yang lain kerajaan BN 'merompak' agensi terbabit sehingga bankrap.

"Macam mana kamu (Najib) boleh biarkan Felda disalah urus begitu? Come on!

"Kamu letak Isa Samad (bekas pengerusi Felda) di situ dengan tahu ada bermacam hal dia buat sebelumnya.

"Kalau dia (Isa) ada di sini I tampar muka dia," katanya.

Tidak puas dengan kenyataan itu Chef Wan juga menyatakan dia mahu menampar Najib.

“I tampar muka Najib tu, kurang ajar!" katanya.

Kata personaliti yang mempunyai nama sebenar Redzuawan Ismail itu dia tidak peduli apa pun dengan tindakannya kerana terlalu marah dengan cara kerajaan terdahulu menguruskan wang rakyat.

"Aku peduli apa, itu duit cukai (rakyat) yang letak di situ, kamu beritahu dia benda tu," katanya lagi.

Pada 18 Julai lalu Najib menyifatkan Felda melalui zaman kegemilangan semasa ditadbir oleh kerajaan di bawah pimpinannya.

Najib yang juga bekas menteri besar Pahang berkata demikian semasa berkempen di Jelai.

"Kenapa pula zaman BN memerintah tuan-tuan boleh dapat RM2,000 hingga RM3,000 sebulan?

"Kenapa zaman BN memerintah boleh mendapat pinjaman tanpa faedah membesarkan rumah?

"Kenapa zaman BN tuan-tuan boleh dapat bonus yang tinggi, boleh dapat duit raya, boleh dapat BR1M? boleh mendapat bantuan persekolahan?" soal beliau kepada kira-kira 300 hadirin yang kebanyakannya memakai baju BN.

"Sebab zaman BN memerintah itu zaman keemasan para peneroka Felda," jelas beliau.

Ditanya mengapa berkempen untuk PH hari ini, Chef Wan yang memang terkenal suka berterus-terang itu berkata, beliau mahu rakyat mengetahui kebenaran.

"Sebab yang benar tetap benar," katanya. - Malaysiakini
Chef Wan teringin nak tampar Najib Chef Wan teringin nak tampar Najib Reviewed by Admin on January 20, 2019 Rating: 5

Harga 70% barangan di 10 pasar raya di Kuching menurun: Chong

January 20, 2019

KUCHING: Harga bagi 70 peratus barangan di 10 pasar raya di bandar raya ini didapati menurun jika dibanding pada tahun lepas.

Perkara itu ditegaskan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chien Jen pada sidang media di Ibu Pejabat KPDNHEP di sini, semalam.

Beliau mendedahkan, antara barangan itu, bawang putih China dan bawang merah India yang didapati turun sekitar 40 hingga 50 peratus termasuk harga telur ayam yang juga didapati turun.

Bagaimanapun katanya, harga bagi 20 peratus barangan lain pula dikesan mengalami kenaikan yang mana senarai harga itu direkodkan oleh petugas pemantau harga yang dilantik oleh kementeriannya.

Senarai yang digunakannya untuk perbandingan itu bagi tempoh 1 Januari 2018 dan 1 Januari tahun ini, melibatkan 90 jenis barangan di 10 pasar raya di Kuching merangkumi Boulevard, Emart Batu Kawa, Emart Matang, Everrise Batu 4 1/2, H&L Eastern Mall, Giant Petra Jaya, Giant Tabuan Jaya, Servay EG Mall, Servay Summer Mall dan Upwell Gita.

“Secara keseluruhan, harga bagi 70 peratus barangan kebanyakannya makanan didapati telah menurun. Peratusan penurunan harga ini diambil dari satu barangan ke barangan lain dan satu tempat ke tempat lain.

“Harga didapati turun dan stabil ekoran tiada lagi GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan). Inilah logiknya kerana di bawah GST, ia dikenakan di beberapa peringkat.

“Di bawah GST, rakyat membayar RM44 bilion setahun jika dibandingkan dengan SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan) yang mana rakyat hanya membayar RM21 bilion setahun,” katanya.

Jelasnya lagi, secara keseluruhannya, pengguna membayar RM23 bilion lebih rendah dari penggunaan cukai setahun dan pengguna ini kebanyakannya dari kalangan berpendapatan rendah.

Pada masa sama, beliau memberitahu, KPDNHEP akan meneruskan usaha secara berterusan bagi memantau harga barangan terutamanya ketika musim perayaan Tahun Baharu Cina (TBC).

Menurut Chong lagi, langkah itu bagi memastikan tiada peniaga mengambil kesempatan mengaut keuntungan ketika musim perayaan.

“Secara amnya, harga barangan terutamanya makanan akan mengalami penurunan yang sedikit, namun bagi kedai makanan dan restoran pula adalah perkara berbeza kerana mereka menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan,” ujarnya.

Selain itu Chong berkata, banyak pasar raya mini dibuka sejak akhir-akhir ini yang pastinya akan memberi persaingan kepada pasar raya besar lain.

Katanya, dengan peningkatan persaingan ini, ia sudah pastinya akan menyebabkan penurunan harga barangan.

“Kita percaya dengan persaingan akan memberi kesan kepada harga barangan dan ia semestinya memberi kebaikan kepada pengguna,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Chong menjelaskan isu susu formula yang didapati rosak berlaku di Kuala Lumpur melibatkan seorang pengguna.

“Kita telah menerima aduan ini dan mengambil maklum perkara tersebut untuk tindakan sewajarnya dan kita juga membawa perkara ini kepada Kementerian Kesihatan kerana ia di bawah kementerian tersebut,” jelasnya. - UTUSAN BORNEO
Harga 70% barangan di 10 pasar raya di Kuching menurun: Chong Harga 70% barangan di 10 pasar raya di Kuching menurun: Chong  Reviewed by Admin on January 20, 2019 Rating: 5

Semangat Team Tok Nan Akan Diteruskan GPS

January 20, 2019

KUCHING: Semangat Team Tok Nan akan diteruskan okeh Gabungan Parti Sarawak (GPS) demi kelangsungan pembangunan Sarawak.

Presiden GPS Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg berkata, GPS dibawah pimpinannya bersama rakan-rakan seperjuangan yang lain akan meneruskan perjuangan Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem.

"Walaupun Tok Nan sudah pergi, tetapi semangat Team Tok Nan masih ada dan inilah yng kita akan teruskan," katanya lagi.

Abang Johari, yang juga merupakan Ketua Menteri, Sarawak menambah, GPS merupakan entiti yang akan memastikan masa depan Sarawak terus terjamin.

Berperinsipkan Utamakan Sarawak, GPS yang dianggotai oleh empat parti komponen iaitu, PBB, PRS, SUPP dan PDP akan menjadikan sebagai objektif utama dalam perjuangan.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Pelancaran Rasmi GPS di Stadium Perpaduan sebentar tadi.

"Sarawak hanya mahukan hak-haknya di dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembagaan Persekutuan dihormati.., tidak lebih dan tidak kurang dari itu," tegasnya lagi.

Oleh: Salfian Nawawi


#iamSarawakian #IbuPertiwiku #GPS FLAG RALLY 2019
Semangat Team Tok Nan Akan Diteruskan GPS Semangat Team Tok Nan Akan Diteruskan GPS Reviewed by Admin on January 20, 2019 Rating: 5

Kota Samarahan Destinasi Terakhir Jelajah Bendera GPS

January 18, 2019

ROMBONGAN Jelajah Bendera Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengakhiri perjalanan mengelilingi Sarawak dengan Dewan Suarah Kota Samarahan menjadi terakhir.

Rombongan diketuai Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Gerald Rentap Jabu memulakan perjalanan dari Lawas bermula 11 Januari.

Kesemua 12 Bahagian di Sarawak menjadi singgahan rombongan.

Menurut Ahli Parliman Kota Samarahan Rubiah Wang, semangat yang ditunjukkan ahli rombongan amat membanggakan.

Beliau berkata, perjalanan mereka bukan mudah kerana perlu meredah negara Brunei Darussalam bermula dari Lawas dan menggunakan bot ekpress ke Kapit serta Kanowit.

Jelasnya, setiap ahli parti komponen GPS perlu berusaha keras terutama dalam.memberi penerangan kepada rakyat negeri ini.

Tambahnya, GPS merupakan identiti sebenar Sarawak yang menjaga kepentingan rakyat Sarawak.

Rubiah berkata demikian pada Jelajah Bendera GPS di Dewan Suarah Kota Samarahab hari ini.

#iamSarawakian #IbuPertiwiku #GPS FLAG RALLY 2019
Kota Samarahan Destinasi Terakhir Jelajah Bendera GPS Kota Samarahan Destinasi Terakhir Jelajah Bendera GPS Reviewed by Admin on January 18, 2019 Rating: 5

Aidel Yakin Penduduk Pesisir Sokong Penuh GPS

January 18, 2019

NAIB Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Aidel Lariwoo melahirkan keyakinan penduduk kawasan pesisir menyokong penuh perjuangan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Beliau berkata, ini kerana kebanyakan penduduk percaya GPS yang dipimpin 100 peratus anak tempatan mempunyai kemampuan melaksanakan lebih banyak program pembangunan.

Sehubungan itu menurutnya, rakyat Sarawak termasuk penduduk kawasan pesisir perlu mengelak daripada terpengaruh dengan propaganda parti dari Semenanjung Malaysia.

Aidel yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya menjelaskan, di bawah GPS, kerajaan Sarawak akan terus menuntut hak negeri ini terutama melibatkan hasil bumi seperti minyak dan gas.

Tambahnya, Sarawak tidak mahu hanya menjadi pemerhati lagi kepada pembangunan pesat yang dilaksanakan di Semenanjung Malaysia.

Untuk itu katanya, Sarawak tidak lagi dapat mengharapkan orang luar mentadbir negeri ini.

Aidel percaya GPS akan kembali mentadbir kerajaan Sarawak selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Beliau berkata demikian pada Jelajah Bendera GPS di Sadong Jaya hari ini.

#iamSarawakian #IbuPertiwiku #GPS FLAG RALLY 2019
Aidel Yakin Penduduk Pesisir Sokong Penuh GPS Aidel Yakin Penduduk Pesisir Sokong Penuh GPS Reviewed by Admin on January 18, 2019 Rating: 5
ads 728x90 B
Powered by Blogger.