Seo Services

Batu-Batu Misteri di Sarawak

Batu Buaya
Batu Buaya,Santubong - Batu yang kelihatan seperti kepala buaya ini terletak di persisiran pantai Santubong,Sarawak. Mitos menyatakan kononnya pada suatu masa dahulu seekor buaya telah mengganas di Sarawak. Datuk Merpati Jepang yang merupakan salah seorang pemerintah Sarawak dulu telah memenggal kepala buaya tersebut dan disumpah menjadi batu. Batu buaya ini juga ada kaitan dengan kisah mangkatnya satu – satunya Sultan di Sarawak iaitu Sultan Tengah. Sultan Tengah terbunuh di daerah Batu Buaya dan dimakamkan di Santubong (makam Sultan Tengah telah dibina dengan megah dan dapat ditemui hingga sekarang di lereng Gunung Santubong, disebelah kiri jalan dari Kuching ke Pantai Damai)

Sea Stack
Sea Stack, Taman Negara Bako – Ia kelihatan seperti kepala ular tedung yang muncul dari air dan dipenuhi misteri dan kehebatan ciptaan Yang Maha Esa. Merupakan mercu tanda Bako yang terletak di Taman Negara Bako merupakan taman negara tertua di Sarawak. Taman negara Bako merupakan taman negara terkecil di Asia Tenggara tetapi mempunyai ekosistem yang paling lengkap.


Batu Rasak
Batu Rasak, Jalan Bintulu,Miri – Terletak di Kampung Penan Muslim di Jalan Bintulu – Miri. Menurut lagenda pada 200 tahun yang lalu, pendudk Rasak terkena sumpahan semasa mengadakan keramaian dengan memasak daging kura – kura dan tupsi namun daging tupai tidak seenak kura – kura lalu mereka ketawa dengan rasa tupai tersebut. Tiba – tiba, hujan turun berserta ribut dan kilat, dan mereka semua bertukar menjadi batu.

Batu Nabau
Batu Nabau, Sungai Bukong – Terletak di Engkelili, Sri Aman merupakan batu yang menyerupai seekor ular gergasi dipercayai berusia 1,000 tahun dahulu. Kewujudan Batu Nabau yang mempunyai ukuran panjang melebihi 30 kaki dengan diameter melebihi dua meter. Bukan itu saja, penemuan huruf jawi pada batu tersebut turut menjadi persolan ramai. Kisah batu Nabau mendapat liputan luas selepas seorang lelaki Siam mendapat mimpi ular gergasi menjadi batu sehingga membawa beliau menemui Batu Nabau di Engkelili.

Batu Gong
Batu Gong, Sungai Katibas – Merupakan batu misteri yang kelihatan seperti gong yang kemek di tengah yang terletak di kawasan pendalaman Sarawak. Menurut lagenda, terdapat seekor raksasa bernama Remaung telah mengganas di Sungai Katibas dan memakan manusia.Seorang pahlawan bernama Bungai Nuing telah memerangkap Remaung ke dalam seketul batu dan menutup pintu masuk batu itu dengan batu yang digumpal – gumpal dan akhirnya Remaung mati.


batu bergambar
Batu Bergambar, Santubong – Merupakan batu yang banyak misteri kerana mempunyai imej manusia yang berusia ratusan tahun. Penemuan batu ini menjadi rujukan para arkeologi untuk mengkaji kehidupan di Santubong. Replika batu ini boleh dilihat di Muzium Tun Abdul Razak, Sarawak.
Batu-Batu Misteri di Sarawak Batu-Batu Misteri di Sarawak Reviewed by Admin on April 18, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.