Seo Services

Bot Pesiaran Berkuasa Bateri Bakal Rancakkan Pelancongan Sarawak

KUCHING, 14 April (Bernama) -- Pengenalan bot menggunakan kuasa bateri awal tahun ini menjadi satu lagi daya tarikan kepada pelancong untuk menyusuri Sungai Sarawak berhampiran bandar raya ini.

Menteri Pelancongan Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata pengenalan bot itu juga adalah sebahagian daripada strategi negeri ini untuk melaksanakan projek pelancongan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) melalui pendekatan lebih mesra alam.

"Pendekatan kami untuk melaksanakan projek dalam tempoh RMK-11 akan berbeza sedikit kerana ia akan dilakukan secara lebih bersifat mesra alam," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Menurut beliau kementerian berkenaan juga merancang untuk menjadikan Brooke Dockyard yang bersejarah di sepanjang sungai itu sebagai muzium maritim dan akan cuba mendapatkan sejumlah besar dana daripada kerajaan persekutuan untuk membiayai pelaksanaannya.

Johari bagaimanapun berkata beliau tidak dapat mendedahkan jumlah yang diperlukan kerana kajian mengenainya belum selesai.-- BERNAMA
Bot Pesiaran Berkuasa Bateri Bakal Rancakkan Pelancongan Sarawak Bot Pesiaran Berkuasa Bateri Bakal Rancakkan Pelancongan Sarawak Reviewed by Admin on April 14, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.