Seo Services

Jumlah pekerja mahir 'kritikal'

Jumlah 1,700 tenaga kerja profesional dan berkemahiran yang dikeluarkan setahun di negeri ini dilihat sebagai kritikal.

Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem berkata, dalam tempoh lima tahun lagi, permintaan tenaga kerja yang tinggi khususnya dalam kejuruteraan mekanikal dijangka mencecah 29,300 peluang pekerjaan.

Katanya, permintaan tinggi itu adalah bagi menampung keperluan projek Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) menjelang 2020.
Pembentukan industri-industri intensif menuntut tenaga kerja yang berkualiti terutama jurutera dan ahli sains komputer yang akan memudahkan Sarawak dalam memenuhi permintaan SCORE.

Sehubungan itu, universiti terutama yang ada di negeri ini merupakan pemain utama sebagai hab penjanaan dan penyebaran pengetahuan ke arah merealisasikan agenda kita," katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibaca oleh Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga negeri, Datuk Fatimah Abdullah semasa perasmian Persidangan Antarabangsa Mengenai Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Pengkomputeran Dan Kejuruteraan (LaTiCe) 2014 di sini, semalam.

Yang turut hadir Menteri Muda Kebudayaan dan Warisan, Liwan Lagang, wakil pengelola program LaTiCe, Prof. Dr. Baharuddin Aris dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Dr. Rose Alinda Alias.

Mengulas mengenai persidangan itu, Adenan berkata, inisiatif diambil oleh penganjur iaitu UTM dan Universiti Uppsala, Sweden dalam mengetengahkan kepentingan pengajaran dan pembe¬lajaran perkomputeran dan kejuruteran merupakan langkah tepat.

Jelasnya lagi, beliau berharap persidangan yang menghimpunkan para intelektual dari pelbagai negara boleh menyebarkan idea-idea penyelidikan terbaik dalam hala tuju transformasi pendidikan tinggi.

Berkongsi idea dan hasil penyelidikan yang terbaik pada persidangan ini akan memberi manfaat kepada semua peserta untuk dibawa balik ke institusi masing-masing," katanya. – Utusan Sarawak -
Jumlah pekerja mahir 'kritikal' Jumlah pekerja mahir 'kritikal' Reviewed by Admin on April 14, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.