KUCHING - Laporan penuh siasatan insiden kebakaran di blok baharu Pusat Kajian Perubatan, Hospital Umum Sarawak (HUS) yang mengorbankan seorang pekerja binaan pada 15 Februari lalu sudah selesai dijalankan.
Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof berkata, bagaimanapun setakat ini, pihaknya masih menunggu laporan siasatan kebakaran itu daripada pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).
"Kita masih menunggu DOSH mengemukakan hasil laporan siasatan punca kebakaran itu bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan semula di pusat kajian tersebut dapat dibangunkan semula," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival Belia 1Malaysia di sini hari ini. - KOSMO!
Laporan siasatan insiden kebakaran HUS selesai
Reviewed by Admin
on
April 06, 2014
Rating:
Reviewed by Admin
on
April 06, 2014
Rating:
No comments: