Seo Services

Lelaki fitnah Rosmah Mansor berjaya ditangkap di Seri Iskandar

KUALA LUMPUR: Polis hari ini berjaya menahan pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Syed Saifullah di rumahnya di Seri Iskandar, Perak pada pukul 12.10 malam tadi kerana didakwa memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. 

Syed Ahmad Saifullah Hashim, 24, ditahan selepas dia bertindak biadab memuat naik gambar isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang telah disunting menggambarkan kononnya beliau telah terkorban dalam nahas pesawat baru-baru ini. 

Status yang berbunyi "“Dari Ia kita datang, dan dari Ia juga kita dikembalikan" itu turut disertakan dengan gambar palsu cebisan daging dan tulang yang disunting dan diletakkan wajah isteri Perdana Menteri itu, 

Menurut jurucakap polis, suspek ditangkap di bawah Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia (Jenayah Siber) dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mendatangkan fitnah dan khianat awam. - antarapos

Lelaki fitnah Rosmah Mansor berjaya ditangkap di Seri Iskandar Lelaki fitnah Rosmah Mansor berjaya ditangkap di Seri Iskandar

Reviewed by Admin on April 06, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.