Seo Services

Pekerja Myanmar mati terjatuh semasa punggah kayu balak di Kuala Baram

MIRI - Seorang lelaki warganegara Myanmar meninggal dunia semasa memunggah kayu balak di perairan Kuala Baram pada pukul 3.30 petang hari ini.

Ketua Polis Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata, Kwa Myat Khing, 44, meninggal dunia dipercayai kerana kecederaan kepala yang serius setelah mangsa terjatuh daripada kapal yang dia sedang bekerja dan kepalanya terhantuk pada kapal yang berlabuh bersebelahan.

"Berdasarkan keterangan dua saksi yang melihat kejadian, mangsa terjatuh dari ketinggian 15 meter,"katanya di sini.

Menurut Tian Kee, sewaktu kejadian mangsa sedang bekerja di atas sebuah kapal yang didaftarkan di Singapura, memunggah kayu-kayu balak ke kapal bersebelahan untuk di eskport ke India.

"Apabila dikeluarkan dari laut selepas terjatuh, mangsa tidak bergerak dan disahkan meninggal dunia," katanya selain kecederaan serius di kepala mangsa juga patah kaki kiri. - Bernama

Pekerja Myanmar mati terjatuh semasa punggah kayu balak di Kuala Baram Pekerja Myanmar mati terjatuh semasa punggah kayu balak di Kuala Baram Reviewed by Admin on April 13, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.