Seo Services

Pengurusan tertinggi syarikat-syarikat tersenarai perlu dipergiatkan

KUALA LUMPUR 9 April - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, usaha bagi meningkatkan penyertaan golongan bumiputera, wanita serta golongan muda dalam kelompok pengurusan tertinggi syarikat-syarikat tersenarai perlu dipergiatkan.

Perdana Menteri berkata, ini berikutan kajian TalentCorp ke atas syarikat-syarikat tersenarai berhubung komposisi kelompok pengurusan tertinggi masing-masing mendapati, hanya 24 peratus adalah wanita, 18 peratus berumur 40 dan ke bawah dan hanya 34 peratus golongan bumiputera.

“Malah, berdasarkan statistik 2013 itu, hanya lapan peratus ahli lembaga pengarah syarikat yang tersenarai adalah wanita. Ini tidak sama dengan sasaran negara iaitu 30 peratus menjelang 2016," katanya.

Beliau berucap merasmikan sesi meja bulat kepelbagaian dan kemampanan yang dihadiri oleh wakil-wakil daripada 50 syarikat utama yang tersenarai di Bursa Malaysia di sini hari ini.

Kajian TalentCorp itu membabitkan 122 syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia pada September 2013.

Najib berkata, penekanan ke atas 50 syarikat utama yang tersenarai terhadap konsep keterangkuman dan kemapanan adalah penting memandangkan kesemua syarikat itu menguasai hampir 70 peratus pasaran modal secara terkumpul, sekali gus mampu memberi kesan terhadap konsep itu.

Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, wanita serta golongan muda dalam kelompok pengurusan tertinggi syarikat tersenarai kini menjadi keutamaan penting kerajaan.

Kata beliau, Perdana Menteri mahukan setiap syarikat yang tersenarai mendedahkan komposisi bumiputera, wanita serta golongan muda dalam kelompok pengurusan tertinggi syarikat dalam buku laporan tahunan masing-masing dan itu adalah langkah bagi menjayakan usaha tersebut.

“Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti akan menilai hal ini dari semasa ke semasa. Dalam pada itu, pendidikan juga kunci penting meningkat penyertaan tiga kumpulan ini dalam kelompok pengurusan tertinggi syarikat," kata Wahid.

Tambahnya, konsep terangkuman itu juga agenda penting dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) yang merupakan rancangan terakhir sebelum negara mencapai Wawasan 2020. Rancangan itu dijangka diumumkan pertengahan tahun depan.

Tambahnya, tahun lalu, 900 bakat tempatan di luar negara berjaya dibawa pulang melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh TalentCorp.
Pengurusan tertinggi syarikat-syarikat tersenarai perlu dipergiatkan Pengurusan tertinggi syarikat-syarikat tersenarai perlu dipergiatkan Reviewed by Admin on April 10, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.