Seo Services

Polis Diminta Bantu Pantau Pementasan Hanez – KP Istana Budaya

NAMPAKNYA satu-persatu dugaan yang menimpa pelakon Hanez Suraya rentetan kontroversi mencaras suami orang tidak berapa lama dulu.

Terbaru, Hanez yang terlibat dalam teater ‘Projek Kahwin’ di Istana Budaya pada 6 hingga 14 Jun depan berdepan pula dengan ancaman dibaling telur oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Dek kerana itu, pihak Istana Budaya akan menyediakan pegawai polis yang berpakaian biasa bagi mengawasi pementasan tersebut.

“Kami buat keputusan untuk kekalkan Hanez Suraya dan bersedia untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan. Bagaimanapun, kita akan tingkatkan kawalan keselamatan jika perlu selepas ada ugutan yang boleh menjejaskan keselamatan pelakon dan penonton sepanjang pementasan,” jelas Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani.

Mungkin mahu mengelakkan kejadian yang tidak diingini, Hanez hanya akan terlibat pada empat hari terakhir teater tersebut, manakala enam hari terawal, Kilafairy akan menerajui watak tersebut.

Rasanya tak perlulah cemarkan Istana Budaya dengan perbuatan tak bertamadun seperti itu.

Sebabnya ia bukan melibatkan Hanez seorang, tetapi bakal mencacatkan seluruh pementasan dan ‘mood’ para penonton, tak gitu? -MynewHub
Polis Diminta Bantu Pantau Pementasan Hanez – KP Istana Budaya Polis Diminta Bantu Pantau Pementasan Hanez – KP Istana Budaya Reviewed by Admin on April 02, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.