Seo Services

Taman Negara Gunung Gading antara tempat menarik di Sarawak

Kuching Sarawak yang merupakan ibu negeri kepada Sarawak telah di jadikan tarikan utama pelancongan di serata dunia setelah Kuching diisytiharkan sebagai bandaraya sejak 1 Ogos 1988 dahulu. Kuching Sarawak juga terkenal dengan pelbagai khazanah semulajadi dan hidupan liar di Malaysia.

Menjejaki apa yang menarik di Kuching Sarawak ini ialah antaranya Taman Negara Gunung Gading. Taman Negara Gunung Gading ini adalah kawasan hutan yang bergunung ganang yang terletak di Lundu , sebuah pecan kecil yang menarik di barat daya Sarawak.Perjalanan yang diambil hanya sekitar kurang dari 2jam dari Kuching ke Lundu.

Pada asalnya, taman Negara ini merupakan sebuah kawasan pemeliharaan tertutup bagi tumbuhan Refflesia bunga yang terbesar di dunia yang boleh membesar sehingga bergaris puasat sehingga satu meter.Namun,selepas menjalankan kajian yang meluas ke atas alam sekitar,Jabatan Taman Negara membuat keputusan bahawa Gunung Gading adalah harta yang berharga yang perlu di kongsi dengan orang awam.

Oleh itu, taman negara ini di buka kepada pelancong pada tahun 1994.Taman Negara Gunung Gading ini dikawal rapi oleh Jabatan Taman Negara bagi memastikan pelancong berpeluang untuk melihat bunga Refflesia berkembang tanpa memusnahkan kudup bunga tersebut atau pun tumbuhan lain di sekitarnya.

Terdapat 17 spesies bunga Rafflesia dan ada segelintir darinya telah diancam kepupusan. Antara tiga spesies bunga Rafflesia terdapat di Sarawak ialah 'Rafflesia Pricei', 'Rafflesia Arnoldi' dan 'Rafflesia Tuan-Mudae'. Namun , hanya spesies bunga 'Rafflesia Tuan-Mudae' sahaja di jumpai di Taman Negara Gunung gading.

Selain daripada itu, taman Negara Gunung Gading juga mempunyai tarikan yang lain seperti air terjun , laluan pejalan kaki, serta pemandagan hutan simpanan yang indah untuk dikunjungi. Di sini juga merupakan habitat semula jadi bagi flora dan fauna.

Taman Negara Gunung Gading inilah yang menjadi tempat utama sebagai tempat beriadah , mandi manda dan tempat berkelah bersama keluarga oleh penduduk Lundu mahupun pelancong yang berkunjung di Taman Negara Gunung Gading ini. Di sepanjang laluan air terjun ini, menjanjikan panorama yang indah serta kedingian air gunung yang belum tercemar.
Taman Negara Gunung Gading antara tempat menarik di Sarawak Taman Negara Gunung Gading antara tempat menarik di Sarawak Reviewed by Admin on April 09, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.