Seo Services

Antara Peninggalan RMS Titanic


Siapa yang tidak tahu dengan kejadian RMS Titanic? RMS Titanic merupakan yang kedua dari tiga kapal penumpang yang bertujuan mengawal perniagaan perjalanan merentasi Lautan Atlantik. Dimiliki oleh White Star Line dan dibina di limbungan Harland and Wolff, Titanic merupakan kapal wap penumpang terbesar di dunia pada masa pelancarannya. Semasa pelayaran pertama Titanic, ia berlanggar dengan aisberg pada 14 April 1912, dan tenggelam sepenuhnya dalam tempoh dua jam empat puluh minit kemudian.

Bencana tersebut mengakibatkan kematian lebih 1,500 orang, menjadikannya sebagai bencana laut terburuk semasa aman dalam sejarah dan paling termashyur sehingga kini. Titanic dilengkapi dengan teknologi paling maju pada masa itu dan orang awam percaya bahawa ia “tidak mungkin tenggelam”.

Kejadian ini amat mengejutkan bagi orang ramai bahawa walaupun dengan teknologi moden dan anak kapal yang berpengalaman, Titanic masih tenggelam dengan jumlah kematian yang tinggi. Keghairahan media awam mengenai mangsa terkenal Titanic, legenda mengenai apa yang berlaku di atas kapal, mengakibatkan undang-undang laut ditukar, dan penemuan bangkai kapal pada 1985 oleh pasukan yang diketuai oleh Jean-Louis Michel dan Robert Ballard menjadikan Titanic kekal terkenal pada tahun-tahun berikutnya.

 Namun, ada peninggalan disebalik kejadiaan RMS Titanic yang telah dibina dalam masa 3 tahun itu. Salah satunya adalah menu santapan dalam kapal Titanic. Disebabkan pada malam sebelum kejadaan pada tanggal 14 April 1912 itu, di kapal tersebut sedang mengadakan berbagai sajian menu yang istimewa.Diantaranya Eggs Argenteuil, Chicken ala Maryland dan Fillet Brill. Menu makan terakhir untuk penumpang kelas satu di kapal Titanic telah pun terjual seharga USD122.000 dalam sebuah majlis lelong di London. 

 Makanan lain di dalam menu tersebut, yang meliputi lebih dari 40 pilihan secara keseluruhan selama beberapa kali helaian, yang meliputi ayam dan daging panggang. Isteri kepada Pegawai bank Amerika Washington Dodge, Ruth, menyelipkan menu itu ke dalam tas tangannya setelah makan tengahari. Beliau tak menyedari bahawa dia telah membawanya ke perahu penyelamat pada malam itu. Pasangan tersebut dan anak mereka Washington Junior selamat dalam tragedi itu dan menu tersebut telah berada di tangan keluarga tersebut sejak dari saat itu.
Antara Peninggalan RMS Titanic Antara Peninggalan RMS Titanic Reviewed by uMieySurianie on May 19, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.