Seo Services

Jangan hanya cuba penuhi kehendak orang lain - Mawan

SIBU - Sesuai dengan cita rasanya berpakaian sempurna, Menteri Pembangunan Sosial dan Perbandaran negeri, Tan Sri William Mawan masih kelihatan tenang walaupun mungkin menghadapi waktu paling mencabar dalam karier politiknya sekarang.

Pada Khamis, anggota Parlimen Saratok dan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakan itu mengumumkan peletakan jawatan beliau dalam parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) yang beliau sendiri membantu menubuhkannya pada November 2002.

Sayap wanitanya sendiri meminta beliau meletakkan jawatan selepas dia menerima semula empat Adun SPDP yang dipecat oleh beliau daripada parti itu pada 2012.Kedua-dua sayap Wanita dan Pemuda mendakwa beliau bertindak secara unilateral.

Beliau mendapat semangat baharu dalam sebuah parti baharu Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) bersama-sama dengan empat Adun berkenaan dan anggota Parlimen Baram Anyi Ngau.

Turut bersama menambah kekuatan beliau, adalah bekas pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) cawangan Sibu dan Adun Bawang Assan Datuk Sri Wong Soon Koh.

Seperti Mawan, Wong keluar daripada SUPP disebabkan perselisihan di kalangan kepimpinan dalaman yang tidak sudah-sudah.Wong membawa bersama beliau tiga anggota dewan undangan negeri.

Turut sama ialah George anak Lagong, bekas Timbalan Presiden Parti Pekerja Sarawak (SWP) dan Adun Pelagus.

Pendek kata, Teras, walaupun baru dalam dunia politik, tidak boleh dipandang ringan tetapi kuasa yang perlu disegani, kerana bersamanya ada sembilan Adun dan dua anggota Parlimen.

Ia juga mempelawa seorang lagi Adun SWP, Wong anak Judat daripada kerusi Meluan untuk menyertainya.Keputusan beliau itu bagaimanapun menyebabkan Parti Rakyat Sarawak (PRS) terutamanya, naik berang.    

Naib Presidennya, Datuk Joseph Salang yang dicabar oleh Wong Judat untuk kerusi Parlimen Julau pada pilihan raya umum lalu berkata Teras dan para pemimpinnya tidak seharusnya terlalu bercita-cita tinggi.

"Saya berharap mereka berjaya tetapi mereka perlu ingat bahawa terdapat ahli penyandang Barisan Nasional dan PRS yang masih menuntut kerusi Pelagus.

"Pada masa yang sama, orang-orang ini telah bertanding menentang PRS," Salang yang juga anggota Parlimen Julau dan pengerusi Majlis Penasihat Sarawak 1Malaysia berkata Teras masih belum menjadi anggota BN.

"Mereka perlu sokongan anggota penyandang BN untuk berada di sana. Keutamaan Teras adalah bagi memperkukuhkan diri mereka, menguruskan diri sendiri terlebih dahulu. Kemudian, barulah mereka boleh berusaha mempengaruhi yang lain untuk membantu kemasukannya," katanya.

Beliau berkata dengan cuba menarik Wong Judat dan mendapatkan George, ia sudah pasti bukan satu petanda yang baik terutama terhadap PRS.

Semasa ditemui Bernama di sini malam tadi, Mawan mempertahankan tindakannya sambil berkata perkara paling penting ialah untuk memenangi pilihan raya negeri akan datang dan bukan semata-mata untuk menyenangkan hati sesama sendiri.

"Secara idealnya, kita perlu ada perkara ini tetapi kita tidak boleh membataskan diri kita dengannya. Ada setengah perkara perlu diberi keutamaan.

"Saya tidak boleh menghabiskan masa untuk membuatkan orang gembira mahupun PRS atau SUPP. Ada kejutan perlu dibuat memandangkan keutamaan adalah untuk menyatukan kedudukan BN," katanya.

Beliau berkata: "Jika anda hanya cuba memenuhi kehendak satu sama lain dan tidak memberi tumpuan kepada memenangi pilihan raya, ini tidak bermakna.

"Mengenai George dan Wong Judat, beliau berkata mereka "merupakan orang-orang yang menentang kita tetapi mengaku menyokong BN. Jika mereka benar-benar berminat untuk menyertai kami, ini adalah berita baik".

"Kita selesaikan hal-hal teknikal pentadbiran selepas ini. Biar kita menang pilihan raya terlebih dahulu."Saya fikir terlalu kerap dan terlalu lama kita cuba memenuhi kehendak antara satu sama lain menyebabkan kita kehilangan penyatuan untuk memberi kita kelebihan ke atas lawan kita yang sama.

"Kadang-kadang kita juga terlalu sopan antara satu sama lain. Disebabkan saya begitu sopan dengan orang itulah sebabnya saya menderita," katanya.

Katanya beliau kini begitu fokus dan jika beliau perlu "membuang orang, saya  akan berbuat demikian." - Bernama

Jangan hanya cuba penuhi kehendak orang lain - Mawan Jangan hanya cuba penuhi kehendak orang lain - Mawan Reviewed by Admin on May 18, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.