Syarikat yang berpusat di Jepun, Hitachi telah mencipta lif yang boleh mencapai kelajuan 72km/jam. Lif ini akan menjadi sebahagian daripada bangunan pencakar langit yang dibina di Guangzhou, China.
Menurut laporan rocketnews24, lif itu akan dipasang di Guangzhou CTF Financial Centre yang dijadualkan akan selesai dibina pada tahun 2016. Dengan lif ini, perjalanan dari tingkat bawah sampai tingkat ke-95 dapat ditempuh hanya dalam masa 43 saat.
Bangunan Guangzhou CTF Financial Centre sendiri dirancang akan mencapai ketinggian 530 meter dan mempunyai 111 tingkat yang akan disokong oleh ratusan lif. Sedangkan kelajuan lif di dunia saat ini mencapai hampir 60.6 km / jam.-Ping Busuk
Lif Hitachi Terpantas Didunia Dengan Kelajuan 72km/jam.
Reviewed by uMieySurianie
on
May 30, 2014
Rating:
No comments: