Seo Services

Thai isytihar undang-undang tentera

BANGKOK: Tentera Thailand mengisytiharkan undang-undang tentera untuk memulihkan keamanan berikutan bantahan antikerajaan yang berlarutan selama beberapa bulan tetapi menegaskan bahawa ia bukan ‘rampasan kuasa’.

Pengumuman menerusi stesen televisyen yang dikendalikan tentera menyatakan undang-undang tentera dikuat kuasakan “bagi memulihkan keamanan untuk rakyat daripada semua pihak” berikutan bantahan selama tujuh bulan yang mengakibatkan 28 orang maut dan beratus lagi cedera. 

Ini bukan rampasan kuasa,” menurut pengumuman itu. “Rakyat tidak harus panik dan boleh meneruskan kehidupan seperti biasa”.

Ketua tentera, Jeneral Prayut Chan-O-Chaan berkata laporan media akan ditapis demi kepentingan keselamatan negara.

Kerajaan Thailand di bawah Perdana Menteri baru, Niwattumrong Boonsongpaisan bagaimanapun tidak dirujuk terlebih dahulu.“Kerajaan sementara masih wujud dan Niwattumrong adalah Perdana Menteri.

Segala-galanya normal kecuali pihak tentera bertanggungjawab bagi semua isu berkenaan keselamatan negara,” kata pengumuman itu. 

Dalam reaksi serta-merta kepada perkembangan terbaru itu, bekas Perdana Menteri dalam buangan, Thaksin Shinawatra berkata pengisytiharan undang-undang tentera tidak harus “memusnahkan” demokrasi. 

“Deklarasi undang-undang tentera memang dijangka...bagaimana saya berharap tiada pihak akan melanggar hak asasi manusia dan seterusnya memusnahkan demokrasi,” katanya menerusi Twitter.

Penyingkiran Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra awal bulan ini menerusi perintah mahkamah yang kontroversial mengakibatkan ketegangan berpanjangan di negara berkenaan, yang menghadapi kemelut politik semalam beberapa tahun. - AFP

Thai isytihar undang-undang tentera Thai isytihar undang-undang tentera

Reviewed by Admin on May 20, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.