SIBU, 25 Jun (Bernama) -- Sebanyak 20 lagi kamera televisyen litar tertutup (CCTV) akan dipasang di kawasan pusat perniagaan di sini sebelum hujung tahun ini.
Setiausaha Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Hii Chang Kee berkata pemasangan kamera CCTV baharu ini akan dilaksanakan melalui peruntukan RM500,000 oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
"Setelah dipasang, kami akan serah kepada polis untuk menggunakan kamera ini bagi pemantauan sepanjang masa dalam usaha membanteras jenayah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat bulanan MPS di sini Rabu.
Beliau berkata dengan pemasangan kamera baharu itu, bandar Sibu akan mempunyai 74 kamera, jumlah terbanyak berbanding bandar lain di Sarawak.
Katanya sebanyak 54 kamera CCTV yang ditaja sebuah syarikat korporat tempatan, telah beroperasi di pelbagai loksi di bandar ini sejak 2012. - BERNAMA
20 Lagi Kamera CCTV Dipasang Di Sibu
Reviewed by Admin
on
June 25, 2014
Rating:

No comments: