Seo Services

316 Lepasan Spm Terima Biasiswa Petronas

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Petronas hari ini menawarkan biasiswa bernilai kira-kira RM100 juta kepada 316 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di bawah Program Biasiswa Pendidikan Petronas (PESP).

Dalam satu kenyataan, Petronas berkata 15 daripada mereka ialah pelajar program Permata Pintar Negara, inisiatif oleh kerajaan untuk mendidik kanak-kanak Malaysia yang mempunyai tahap pintar cerdas akademik dan berbakat.

Seramai 148 penerima akan meneruskan pengajian tinggi di universiti di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan Canada.

Yang lain akan meneruskan pengajian di Universiti Teknologi Petronas di Tronoh, Perak.

Di bawah PESP, Petronas akan menaja pelajar daripada pengajian peringkat asas hingga ke peringkat ijazah pertama.

Sejak diperkenalkan pada 1975, PESP telah memanfaatkan kira-kira 21,000 pelajar di seluruh negara dengan nilai pelaburan dianggarkan RM2.8 bilion.-- BERNAMA

316 Lepasan Spm Terima Biasiswa Petronas 316 Lepasan Spm Terima Biasiswa Petronas Reviewed by Admin on June 09, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.