Seo Services

500 Program Sekolah Amanah Menjelang 2025


KUCHING: Sebanyak 500 Sekolah Amanah, sebuah program usaha sama antara Kementerian Pendidikan dan swasta, akan diadakan di seluruh negara menjelang 2025.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Pembangunan Profesionalisme Keguruan), Datuk Misrah Ibrahim, Khamis berkata program itu bertujuan mewujudkan model transformasi sekolah sebagai wawasan jangka panjang yang strategik.

"Sehingga kini 30 sekolah terpilih untuk menyertai program ini yang merangkumi sekolah rendah dan sekolah menengah daripada semua tahap prestasi dengan tujuan menghasilkan peningkatan pencapaian secara mampan," katanya semasa berucap merasmikan Persidangan Program Sekolah Amanah 2014 di sini. 

Menurutnya di bawah program ini, pihak pengurusan sekolah diberi lebih kuasa untuk membuat keputusan dalam pengurusan sekolah demi untuk merangsang peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru dan murid.

"Sekolah diberi autonomi untuk menghasilkan Standard Prosedur Pengoperasian serta membuat keputusan berkaitan penyampaian kurikulum, pembangunan profesional berterusan, kewangan dan perolehan serta pengurusan sumber manusia untuk lebih berinovasi yang tidak bertentangan dengan dasar-dasar sedia ada," katanya.

Misrah berkata kejayaan Sekolah Amanah ini bukan sahaja bergantung kepada prestasi sekolah melalui pencapaian akademik dan kepuasan ibu bapa, guru dan murid, malah turut mencakupi elemen bukan akademik.

"Peratus kedatangan ke sekolah, peningkatan tahap disiplin, jati diri dan sahsiah diri serta semangat patriotisme murid juga diambil kira," katanya.- BERNAMA
500 Program Sekolah Amanah Menjelang 2025 500 Program Sekolah Amanah Menjelang 2025 Reviewed by Unknown on June 20, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.