Seo Services

Pesta Padawan buka tirai malam ini.


KUCHING - Pesta Padawan tahun ini akan membuka tirainya pada malam ini di Bandar Baharu Batu Kawah.

Dianjurkan Majlis Perbandaran Padawan (MPP), ia akan dirasmikan Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti negeri Datuk Seri Wong Soon Koh pada 7.30 malam ini.

Pesta yang diadakan bagi kali ke-18 ini akan diisi dengan pelbagai acara hiburan, jualan makanan dan pameran perdagangan hingga 19 Julai, dari 6 petang hingga 11.30 malam.

Tiada bayaran masuk dikenakan. Pengerusi MPP Lo Khere Chiang berkata pesta itu bertujuan memupuk hubunganantara majlis itu dengan penduduk di kawasan di bawah bidang kuasanya, di samping menggalakkan penyertaan masyarakat setempat.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima penajaan daripada Natural Resources Avenue Sdn Bhd di pejabat MPP di sini hari ini.

Menurut beliau pesta itu diserikan dengan empat acara sampingan, termasukPadawan Raft Safari dan Borneo Highlands Padawan Nature Challenge 2014.- Bernama
Pesta Padawan buka tirai malam ini. Pesta Padawan buka tirai malam ini. Reviewed by Unknown on June 20, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.